|
Nissan X-Trail Hibrid Dilancarkan – Enjin 2.0l Dengan Motor Elektrik Nissan telah memperkenalkan versi hibrid untuk model Nissan X-Trail crossover di Jepun yang akan mula dipasarkan bermula 13 Mei. X-Trail Hybrid ini dilengkapi dengan enjin empat silinder 2.0-liter yang bergabung dengan sebuah motor elektrk, pek bateri lithium-ion serta transmisi XTRONIC. Enjin konvensional menghasilkan 147 kusadakuda pada 6,000rpm dan 207 Nm tork pada 4,400rpm sementara motor elektrik menjana 41 kuasakuda dan tork segera 160 Nm. ![]() Jika dibandingkan dengan model X-Trail biasa, model hibrid ini menghasilkan kurang 75% NOx dan NMHC (non-methane hydrocarbons) serta penggunaan bahan bakarnya ialah 20.6 km/L (atau 4.8 liter untuk 100 km). Model ini mempunyai ciri sistem “Forward Emergency Braking” yang mana ditawarkan sebagai ciri standard untuk kesemua model Nissan (spek JDM-hanya pasaran Jepun) bermula musim luruh ini. Perubahan lain berbanding model biasa X-Trail termasuklah Regenerative braking system, aerodynamically-optimized floor, Around View Monitor bersama Intelligent Parking Assist dan lain-lain. Merupakan model JDM (untuk pasaran Jepun sahaja), model Nissan X-Trail Hibrid ditawarkan dengan harga bermula 2,804,760 JPY (RM85k) untuk varian pacuan dua roda sehingga 3,240,000 JPY (RM98k) untuk varian 4WD model. Sumber: Nissan ![]() kredit:www.arenakereta.com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.577087 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.