CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M: Anggota polis tidak mungkin bunuh orang

13-4-2015 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7978| Komen: 26

Tun M: Anggota polis tidak mungkin bunuh orang


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan anggota polis tidak mungkin membunuh orang awam melainkan diserang atau diminta pihak lain berbuat demikian.

Beliau berkata, jika benar anggota polis itu boleh membunuh sesiapa sahaja tanpa alasan yang munasabah, sudah tentu orang awam akan terancam.

"Kalau dia betul-betul pergi bunuh orang, gantung laa, tapi dia ni anggota polis...seorang anggota polis tidak membunuh orang, kecuali orang menyerang dia atau ada orang minta dia lakukan.

"Kalau tidak kita pun takut dengan anggota polis nanti dia tembak kita sekali," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bekas anggota pasukan elit polis, Sirul Azhar Umar bahawa pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu itu dilakukan kerana mengikut arahan.



Kesal dengan keengganan pihak polis membuka semula kertas siasat, ibu kepada Sirul, Piah Samad mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana, Putrajaya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mengakui pada pertemuan empat mata itu, Piah bagaimanapun enggan menceritakan tentang fakta dan rahsia yang disimpan selama ini berhubung pembunuhan itu.

"Mak dia datang, tapi dia tak boleh bercakap, bukan ada apa pun dia boleh cerita pada saya, saya tanya, dia tak nak cakap...kaku.

"Saya fikir dia takut, apa dia takut saya pun tak tahu laa, tak berani cakap dengan saya, bila saya tanya Datuk Mahfuz apa yang Piah cakap pada dia, Mahfuz cakap tiada ada apa-apa," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga kesal apabila tindakannya itu dipersoalkan banyak pihak apabila mahu kes Sirul diselesaikan dengan cara baik.

"Saya tidak bercakap tentang perkara ini untuk sekian lama, tapi dua orang ini dihukum bunuh, kita kena bantu mereka, kena selamatkan mereka, Sirul pernah jadi pengawal peribadi saya dulu, tak bolehkah saya tolong dia?

"Tak usah nak menggantung orang, sekurang-kurangnya kalau dia tak nak cakap pun tentang siapa yang suruh dia, jangan gantung orang, jangan bunuh orang," jelasnya.

Bagaimanapun katanya nyawa Sirul boleh diselamatkan daripada tali gantung menerusi pengampunan diraja.

"Setiap orang yang dihukum mati, ada keistimewaan mendapatkan pengampunan daripada Agong atau Sultan.

"Tugas saya (ketika perdana menteri) untuk menasihatkan Agong atau Sultan sama ada patut teruskan hukuman itu atau tidak.

"Kena Botak Chin, saya kata gantung, tapi ramai juga orang yang saya lepas, bukan mudah untuk buat keputusan untuk bunuh seseorang," katanya lagi.



4

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 13-4-2015 04:44 PM
Bijak betul madey ni
Quote lonso 13-4-2015 04:48 PM
sayang sangat mahathir kat sirul....
Quote jofizo 13-4-2015 04:55 PM
yg lain2 isu yg dibangkitkan oleh che det aku setuju, tapi yg ni aku senyum jer la........
Quote akuMNdia 13-4-2015 05:18 PM
dalam citer tamil ada jer polis bunuh org.
Quote sabbath_shalom 13-4-2015 05:50 PM
Aku pon tak percaya polis bunuh org...cer tengok gambar bawah ni.
Quote sabbath_shalom 13-4-2015 05:51 PM
Innocent je kan
Quote akusukaq 13-4-2015 06:11 PM
Apa apa aje lah Tun . Janji Tun dapat sambung episod telenovela . Penonton pun maseh tak susut
Quote Anak_Nogori 13-4-2015 09:09 PM
Ya...zaman tun ramai tun minta agung ampunkan...tak ramai kena gantung...
Quote tumpanglalu74 13-4-2015 09:14 PM
Bukan polis ka yang tembak sume orang ni?



http://en.wikipedia.org/wiki/Memali_Incident

Malu tau Tun.. sampai ade Wikipedia entry.



Quote bangcak 13-4-2015 09:45 PM
polis mana reti bunuh org.
polis tangkap org main twitter je hokkeh!!
Quote lavaparia 13-4-2015 09:55 PM
wa bukan apa

esok lusa si mancung ni kata

tak mungkin timbalan perdana menteri liwat buntut dreba

melainkan nak membela diri

wa gelak guling2 wa gelak guling2
Quote Anak_Nogori 14-4-2015 10:34 AM
lavaparia replied at 13-4-2015 09:55 PM
wa bukan apa

esok lusa si mancung ni kata

Wa pun bukan apa..wa rasa dia dah nyanyok..kenan jambatan bengkok.
Quote buragazz 14-4-2015 12:17 PM
Bukan ke yang bunuh along spoon tu polis kan...
Quote Anak_Nogori 14-4-2015 12:21 PM
buragazz replied at 14-4-2015 12:17 PM
Bukan ke yang bunuh along spoon tu polis kan...

Tun kenal dan ikuti pembunuhan along spoon ke?..
Quote buragazz 14-4-2015 12:24 PM
Anak_Nogori replied at 14-4-2015 12:21 PM
Tun kenal dan ikuti pembunuhan along spoon ke?..

Kiter cakap jerr....
Quote ekmal_sorrow 14-4-2015 12:37 PM
Yess...kes along spoon - ini reality, semua org tau. mmg pembunuh, anggota polis bermotifkan personal. kes lain2 (fiksyen):

1. kalo dlm movie, The Marine 1-2 semuanye antagonis polis jahat yg ada motif peribadi jgk.

2. dlm game Grand Theft Auto San Andreas, storyline dier pun mengisahkan satu department police corrupted (turn dark by themselves, without any upper level influence) dan bunuh orang ramai + komplot dgn geng Ballas sbb dah give up nak banteras jenayah di Los Santos, San Fierro dan Las Venturas.

Tp dalam kes sirul and azilah, mahkamah belom lgi buktikan diorng ada motif personal blow up mongolian model in 2006. so kalo gantung tp motif, ada plak bau2 arahan atasan....mmg zalim la.
Quote Santeira 14-4-2015 12:43 PM
What he meant is polis tak bunuh orang tanpa motif. Sesiapa pun takkan bunuh org tanpa motif. Sesiapa pun takkan buat apa2 pun tanpa motif.

Apa motif Sirul bunuh Altantuya? Orang bunuh orang sbb orang tu ancaman kepada si pembunuh. Mcm mana lak Altantuya tu boleh jadi satu ancaman pada Sirul sedangkan I'm pretty sure before the murder they've never met?

So jika bukan motif personal, somebody must have instructed him to murder.. But who?
Quote Lina66 14-4-2015 12:55 PM

Tun M ni ape dia nak ekceli...
Kalo dia ckp anggota polis tidak mungkin bunuh org... izzit dia tujukan pada Sirul sorang or semua abg2 and kakak2 polis.





Quote Bateesta 14-4-2015 01:08 PM
fahamkan apa yg tersirat

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044682 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top