CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Jalanan Jadi Peneman

13-4-2015 05:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4136| Komen: 19

Kucing jalanan jadi peneman


Ahban menganggap kucing peneman hidupnya.

HIDUPNYA sebatang kara di kota raya hanya bertemankan kucing terbiar di kaki lima kerana tidak pernah mendirikan rumah tangga dan dipinggirkan keluarga sejak kematian kedua ibu bapanya.

Ahban Matsah, 61, berkata, masanya banyak dihabiskan menumpang tidur di kaki lima selepas pulang bekerja sebagai pencuci pinggang mangkuk di medan selera Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya.


Menurutnya, dengan memiliki sebuah basikal, dia dapat bergerak ke sana ke mari malah berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Dulu aku ada rumah di Kampung Melayu Pandan, tapi selepas rumah aku dirobohkan...aku dirikan pondok di tanah rizab TNB untuk dijadikan tempat berteduh.

“Tapi aku jarang balik ke sana kerana tak ada elektrik dan air.

“Aku lebih selesa menumpang tidur di kaki lima bersama kucing-kucing belaan aku,” katanya.

Ahban berkata, meskipun mempunyai lapan adik-beradik yang masih hidup, namun hidupnya sebatang kara kerana sudah lama tidak bertemu kerana masing-masing berada di Batu Pahat, Segamat dan Kota Tinggi.

“Aku dah biasa hidup begini bertemankan kucing-kucing terbiar yang aku bela. Aku dah lama tak cari mereka (saudara-mara) dan mereka juga tak pernah cari aku.

“Masa muda-muda dulu aku pernah bertunang, tapi tunang aku berkahwin dengan orang lain. Lepas tu, aku dah tak fikir lagi pasal kahwin,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan kurang RM30 sehari mencuci pinggang mangkuk digunakan secara berjimat cermat untuk mengisi perut dan membeli makanan kucing.

“Aku sayangkan kucing. Aku makan kucing pun kena makan. Kalau aku tidur di kaki lima, kucing-kucing belaan aku akan temankan.

“Kalau ada kerja adalah duit, kalau aku tak kerja tak ada duit. Sebab itu walau aku letih sekalipun aku kena kerja kerana tak ada siapa tempat aku nak bergantung harap,” katanya. --sinarharian.com.my

http://www.sinarharian.com.my/ed ... di-peneman-1.378882

14

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 13-4-2015 08:29 AM
Kasih saudara masa "berada".....bila sudah tiada apa2......saudara pun tak mau ngaku dia ni adik beradik. Dunia memang la macam tu.....
Quote prettyuglybabe 13-4-2015 10:57 AM
walaupun gelandangan, masih juga pandai cari rezeki dengan kerja sendiri..
tap payah tunggu orang datang hulur makan..
semoga murah rezeki beliau..
Quote pittjie 13-4-2015 11:06 AM
RM30 sehari tu banyak jgk la. dgn tak perlu belanja makan. iols assume since dia keja cuci pinggan kat kedai makan .. harus la makan pun ditaja dek bos kan. pastu tak perlu bayar sewa rumah bagai. semoga happy2 je hidup gitu.
Quote tightcherry 13-4-2015 11:08 AM
Tak sewa bilik ke.. Dr tido tepi jln
Quote Madel 13-4-2015 11:10 AM
Aku mcm pernah jumpa la pakcik ni..
Rambut dia blonde2 gitu., mcm org laut
Quote rayna_raynes 13-4-2015 11:38 AM
cerita gini patut anak2 muda kita tau dan belajar daripadanya

1) maksud humility
2) kena kerja keras untuk masa depan sendiri
3) jangan memandang rendah pada orang jalanan, mereka juga manusia
4) ringan2kan tangan membantu warga gelandangan spt ini
Quote palomaf4 13-4-2015 11:41 AM
Katanya, dengan pendapatan kurang RM30 sehari mencuci pinggang mangkuk

pinggang saper ko cuci bang?
Quote MeghanK 13-4-2015 11:43 AM
palomaf4 replied at 13-4-2015 11:41 AM
Katanya, dengan pendapatan kurang RM30 sehari mencuci pinggang mangkuk

pinggang saper ko cuci ban ...

Kedai kot
Quote Santeira 13-4-2015 11:46 AM
Kipidap pacit. Pacit better dr peminta sedekah warganegara asing yg dtg sini amik kesempatan tu.
Quote NIXAReturn 13-4-2015 11:46 AM
tightcherry replied at 13-4-2015 11:08 AM
Tak sewa bilik ke.. Dr tido tepi jln

pendapatan kurang dari rm30 sehari,  mampu ke sewa bilik sis?
nk makan pun belum tentu cukup...

Quote malawi 13-4-2015 04:11 PM
tak de anak  bini ke ??
Quote sekngucing 13-4-2015 06:07 PM
mcm ni la nasib aku bila dah tua tua esok
cuma bezanya nanti aku ada rumah
Quote nurbaya 13-4-2015 08:23 PM
At least pakcik ni lagi bagus dari org meskin yg ada rumah anak ramai tapi nak kerja bagi alasan tak ada kenderaan..so x boleh kerja.. ataupum alasan anak tak ada org jaga..so tak boleh kerja..
Quote estrelle 13-4-2015 08:31 PM
takpe pocik kasihkan binatang lagi Allah akan balas berkali2 ganda even gaji rm30 je..
Quote Esmiria 13-4-2015 08:39 PM
cer klo gelandangan ni ada kuasa luo bese,confirm.org pndang dia.
Quote mesmerize 13-4-2015 08:40 PM
ala kesiannya pacik.. nak kata duit kwsp belum bole dikeluarkan umur dah 61... buat saya insaf kena kumpul harta n duit dari sekarang..
Quote Esmiria 13-4-2015 08:40 PM
cer klo gelandangan ni ada kuasa luo bese,confirm.org pndang dia.
Quote mak_wa95 13-4-2015 08:43 PM
gelandangan pun hati mulia...

Quote kemaruk 13-4-2015 08:48 PM
director's cut:

"dan aku juga kaki cautut"

gurau je.. putihnye kucing tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.100560 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top