|
T-Team Dinasihat Kikis Sikap Terlalu Yakin Pendahulu Liga Perdana, T-Team dinasihatkan supaya tidak terlalu yakin dan memandang rendah keupayaan pasukan lawan apabila bertemu UiTM FC, Jumaat depan. Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain perlu kikis sikap terlalu yakin kerana ia mampu menjerat diri. "Keyakinan perlu ada tetapi perlulah beringat-ingat kerana pasukan kerdil boleh mengalahkan pasukan gergasi, begitu juga T-Team mungkin boleh dikejutkan UiTM FC jika leka," katanya. Ketika ini, T-Team mendahului carta Liga Perdana dengan mengutip 14 mata bersama-sama Pulau Pinang dengan hanya perbezaan jaringan. UiTM FC kini dilihat mampu memberikan tekanan berikutan berada pada kedudukan keempat ketika ini dengan mengumpul 12 mata, kurang satu mata di bawah Sabah yanag menghuni tangga ketiga liga. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.