Hassan Malik : Aduan Kurang,Rakyat Sudah Boleh Terima GST
Kesimpulan ini dibuat beliau berdasarkan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima. "Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST). “Bertentangan apa yang diwar-warkan sebelum ini di media sosial, dengan sikap pembangkang dan lain-lain, banyak yang negatif daripada positif. "Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka." Beliau juga menyatakan, maklumat yang diperolehi daripada media massa mengenai GST membuatkan rakyat tidak ada masalah dalam memahami pelaksanaan cukai tersebut. "GST satu sistem percukaian yang cukup telus. Maknanya, orang tak boleh lari dari membayar cukai dan sebagainya. “Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham." Sebelum ini dilaporkan, selepas enam hari GST dilaksanakan, kementerian menerima 692 aduan daripada pengguna melalui pusat gerakan anti pencatutan. Sementara itu, Hasan turut mengulangi hasratnya berhubung penghapusan 10% caj perkhidmatan di restoran dan hotel. Menurutnya, sementara menunggu keputusan mesyuarat mengenai perkara itu, restoran dan hotel disarankan agar meletakkan notis di pintu masuk premis mereka supaya pengguna sedia maklum mereka mengenakan 10% caj perkhidmatan. "Saya nampak hotel yang mengenakan 10% caj perkhidmatan tak banyak, sebab tiada 'Collective Agreement' yang mereka tandatangani." -TMI.
|
28
Bagus |
3
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 14-4-2015 09:27 PM
Oh ini orang kembar maslan SST tu! Confident je kata service charge adalah sebahagian dari tax. Pat ...
ADVERTISEMENT