Larangan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Buat Konvoi Besar
Gambar hiasan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abdul Haris Lakar, berkata jika seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikal.
"Lebih baik jika konvoi dilakukan dalam dua atau tiga orang sahaja, dan diselang dengan dua atau tiga orang lagi di belakang, dalam jarak yang selamat," katanya.
Abdul Haris berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program advokasi khas bersama JKJR di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini, hari ini. Beliau juga menambah kesilapan yang sering dilakukan penunggang motosikal berkuasa besar semasa berkonvoi adalah menggunakan laluan paling kanan.
Sedangkan, katanya, laluan itu sebenarnya untuk tujuan memotong dan kenderaan yang menggunakannya perlu kembali ke laluan tengah selepas selesai memotong. "Ada pengguna jalan raya lain membuat rungutan mengenai situasi yang mereka hadapi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini. Sebab itu kita harap mereka boleh melaksanakan aktiviti berkonvoi secara berhemah. "Lakukan dalam kumpulan yang kecil, ikut peraturan dan had laju yang selamat serta dapatkan khidmat marshal yang bertauliah selain mempunyai seorang 'sweeper' di akhir konvoi," katanya. Selain itu, Abdul Haris juga mengingatkan semua penunggang motosikal agar menggunakan topi keledar yang menepati spesifikasi SIRIM kerana ia telah menjalani ujian ketahanan. "Masih ada penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar berbentuk separuh atau 'kura-kura' yang sebenarnya dibuat untuk tujuan rekreasi dan tidak sesuai digunakan di atas jalan raya," katanya. Pada program itu, JKJR turut mengadakan demonstrasi yang menunjukkan topi keledar tanpa kelulusan SIRIM mudah dipecahkan dengan hanya menggunakan tukul. Abdul Haris juga menyampaikan sumbangan 100 topi keledar dan 100 jaket dan pelekat pantulan cahaya kepada kakitangan dan penuntut UIAM yang melalui laluan utama kampus itu. - BERNAMA |
krustykrab replied at 14-4-2015 03:06 PM
konvoi konvoi jugak, tp jgn la buat mcm jalan mak bapak ekau yg punya...
suka2 tahan keta, suruh k ...
AbukRokok replied at 14-4-2015 08:10 AM
Selayaknyalah ramai yg mampus hampir setiap minggu.
famri7 replied at 14-4-2015 04:25 PM
kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik ...
axl_bach replied at 14-4-2015 08:37 AM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.
apsal lepas buka ...
axl_bach replied at 14-4-2015 04:37 PM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.
apsal lepas buka ...
famri7 replied at 14-4-2015 04:55 PM
Saya lehat muka pprt seko2 trus bleh ramal saiz ukur lilit perut seko2 sis..
p/s dp bro telah ter ...
dragger replied at 14-4-2015 04:59 PM
simpan perut dalam helmet kot
axl_bach replied at 14-4-2015 05:06 PM
hahahahah, tu yg lawak tu.........tunggu helmet dibuka baru terpancar perut boroi kekdahnya......
...
axl_bach replied at 14-4-2015 05:06 PM
hahahaha, puak2 tu xpayah tunggu nampak muka dorg pun dah nampak perut dok atas tangki minyak..... ...
famri7 replied at 14-4-2015 04:25 PM
kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik ...
lavabutang replied at 14-4-2015 05:08 PM
ramai jer mat motor besar yang bukan gay main besi...
lu tak join memang la lu tak tau..
axl_bach replied at 14-4-2015 04:37 PM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.
apsal lepas buka ...
axl_bach replied at 14-4-2015 05:18 PM
pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????
nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol
axl_bach replied at 14-4-2015 05:18 PM
pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????
nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol
ADVERTISEMENT