CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Punca Tidur Dengkur Dan Petua Mengatasinya

16-4-2015 05:39 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3106| Komen: 2

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dek dengkuran tersebut

Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar
Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA)



Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat

Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes

PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak

KESAN TIDUR BERDENGKUR
Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan.

PETUA HILANGKAN TIDUR BERDENGKUR
1. Sediakan 7 biji badam. Basuh, keringkan dan hancurkan sehingga lumat. Campurkan badam di dalam segelas susu panas. Amalkan meminumnya setiap malam sebelum tidur.

2. Sediakan 2 ruas kunyit hidup. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris halus. Kemudian masukkan hirisan kunyit ke dalam segelas air suam dan ditambah 2 sudu madu. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote spankee_fili 24-4-2015 06:02 PM
hampir semua symptom pun aku ade !aaaaaa........
Quote akificha 20-4-2015 01:13 PM
mengganggu jer orang nak tdo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046529 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top