CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

2015 Bmw I8 Dilancarkan Dengan Harga Rm1,188,880!

17-4-2015 02:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7646| Komen: 6

2015 Bmw I8 Dilancarkan Dengan Harga Rm1,188,880!



Pada pertunjukan BMW World Malaysia 2015 yang sedang berlangsung, BMW Group Malaysia telah melancarkan kereta 2015 BMW i8 hybrid supercar yang sangat menarik!

Kereta 2015 BMW i8 ini merupakan kereta plug-in hybrid supercar pertama dikeluarkan oleh BMW ke atas konsep BMW Concept Vision Efficient Dynamics.

Model coupe 2 pintu ini merupakan produk kedua BMW ‘i’ Division setelah pengeluaran model BMW i3 sebelum ini. Ianya didatangkan dengan enjin 1.5-liter 3-silinder BMW TwinPower Turboyang menghemburkan 231HP dan 320Nm tork dan menggunakan transmisi 6-kelajuan Steptronic Sport automatik yang menghantar output itu ke tayar belakang.

Ianya juga turut dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 131HP yang menggerakkan tayar hadapan menggunakan transmisi 2-kelajuan. Jumlah output yang dihasilkan oleh sistem eDriveplug-in hybrid ini ialah 362HP dan 570Nm tork. Ianya memberikan kebolehan untuk kereta ini membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 4.4 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 250km/j.

Melalui suis Driving Experience Control dan butang eDrive, pemandu kereta 2015 BMW i8 ini mampu memilih 5 mod memandu yang mengawal samada ianya akan berjalan dengan mod elektrik sahaja atau hybrid. Di samping itu, ianya juga memberikan kawalan ke atas dinamik pemanduan kereta tersebut.

Dengan menggunakan sistem plug-in hybrid ini, kereta ini mampu mendapat penjimatan minyak sehingga 2.1L/100km!.

Kereta ini dijual pada harga RM1,188,880 atas jalan dengan GST (tanpa insurans). Pelanggan yang membeli kereta 2015 BMW i8 ini bakal mendapat jaminan selama 3 tahun atau 100,000km dan juga jaminan 8-tahun ke atas pek bateri kereta tersebut. Harga yang disebut ini termasuklah stesen pengecas BMW i Wallbox yang akan dipasang di rumah anda oleh juruteknik BMW.

kredit:www.arenakereta.com



4

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 17-4-2015 10:05 AM
OK. Esok nak gi tgk BMW World Malaysia 2015 ni

Quote intriQue 20-4-2015 08:51 AM
Edited by intriQue at 20-4-2015 09:00 AM













Quote zafir 21-4-2015 12:00 PM
mahalnye in mesia..more than double.....in US on the road price is about RM 500k..in UK about RM 560,000
Quote intriQue 22-4-2015 09:09 AM
Edited by intriQue at 22-4-2015 09:18 AM
zafir replied at 21-4-2015 12:00 PM
mahalnye in mesia..more than double.....in US on the road price is about RM 500k..in UK about RM 560 ...


kat msia ni apa yg tak mahal, kan?



btw, did u go to the event last weekend?
Quote zafir 22-4-2015 09:16 AM
intriQue replied at 22-4-2015 09:09 AM
kat msia ni apa yg tak mahal, kan?

but overly priced...and too much..x gi, just came back last sunday
Quote cmf_kunyit 22-4-2015 04:39 PM
bila la bole tgk kete ni on the road..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053767 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top