CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Akui Hutang 1mdb Membebankan, Putrajaya

17-4-2015 04:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13010| Komen: 113

Menteri Akui Hutang 1mdb Membebankan, Putrajaya


Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.

"Selama ini mereka berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal, mereka membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga meningkat hutang RM4.2 bilion setakat Mac 2014.


"Jadi anda boleh bayangkan bebanan hutang yang tinggi, ia sebenarnya sangat tinggi dan ini sukar," katanya pada forum anjuran Akademi Kapten Hussein di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Menjawab soalan orang ramai, Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.
"Melainkan aset itu dapat menjana aliran tunai, ia tidak akan mampan," katanya.

Wahid berkata, bebanan hutang itu disedari memberi impak kepada 1MDB dan 3 langkah strategik sudah diambil bagi mengatasi masalah dihadapi.

"Mereka sudah ambil langkah strategik mengkaji semula model perniagaan dan struktur modal, 3 keputusan sudah dibuat," katanya.

Beliau berkata, 3 langkah itu termasuk menghentikan semua bentuk pinjaman baru, fokus kepada 2 projek utama mereka iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta memastikan rancangan tawaran awam (IPO), syarikat IPP miliknya, Edra Energy dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Jadi ini kajian strategik yang sudah dikenal pasti," katanya.

1MDB, dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan, mencatatkan kerugian selepas cukai RM665.4 juta daripada hasil RM4.26 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014.

Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.

Laporan tahunan 2014 syarikat itu meletakkan pinjaman jangka panjang dana negara itu naik sehingga RM33.5 bilion, iaitu kenaikan RM7.2 billion atau 27% daripada RM26.3 bilion pada 2013.

Hutang jangka pendek 1MDB berjumlah RM8.3 bilion.
Pada hujung Mac tahun lalu, baki tunai dan baki bank 1MDB berjumlah RM3.8 bilion, turun 42% daripada RM6.7 bilion pada tahun kewangan 2013

Penurunan ini berpunca daripada bayaran faedah yang tinggi serta pinjaman yang masih ada.

Bagi tahun berakhir Mac 2014, 1MDB membelanjakan RM2.4 bilion untuk kos kewangan.

Pemimpin politik, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut siasatan dibuat ke atas kewangan 1MDB dan juga menggesa kerajaan menjelaskan urus niaga yang mereka dakwa menyebabkan dana awam disalurkan keluar.

Susulan tekanan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.

Pelbagai dakwaan dan kritikan menyelubungi 1MDB, malah pemimpin Umno baru-baru ini juga melancarkan serangan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low kerana dikatakan di antara pemain penting di belakang syarikat tersebut.

– 17 April, 2015.


21

Bagus
21

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
24

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jagendas 17-4-2015 01:30 PM
abis la turun pangkat datuk wahid lepas ni
Quote hzln 17-4-2015 01:41 PM
pulakkkkk
Quote sayawifenikmie 17-4-2015 01:55 PM
wahid ni rasanya bagus .... entah kenapa dia nak jadi menteri yg hidung sentiasa dicucuk ............  
Quote sapp73 17-4-2015 01:59 PM
pulak dah....memacam...panjang lagi episod 1MDB
Quote go_kart 17-4-2015 01:59 PM
bagusla brhenti jadik macai..macai2 ni lah yg merosakkan negara sbenarnya
Quote dino 17-4-2015 02:23 PM
kata untung.... prrrtgghhhhhh
time2 camni aku nak dgr komen brutal @totokreturn
Quote dewi 17-4-2015 02:26 PM
yg hari tu cakap untung billion2 tu tak tolak lagi rugi yg lebih byk billion2

aku dah cakap .. tgk P & L , cek balance sheet .. ni dok war war tang profit jer  mmg la tak nampak tang rugi tu

Quote scorpionkiki 17-4-2015 02:29 PM
Orang bukan politik dia tak reti goreng...wahid ni bukan irg politik sbb tu cakap dia contra dgn menteri politik...
Quote eco_internet 17-4-2015 02:37 PM
so wahid ni team najib ke team TunM?
Quote bluehedgehog 17-4-2015 02:40 PM
politaik, mulayu ameno mmg pandai, terrer, pandai batu api
business, management, kelaut...
Quote kasibiman 17-4-2015 02:43 PM
lah.... ni source apa ni?

bukan ke the edge jah buat pitenah cenggini?






















Quote freebird 17-4-2015 02:47 PM
Kerugian mungkin lebih parah kalau bukan kerana keuntungan menerusi penilaian aset hartanah berjumlah RM896.8 juta.
ingatkan 1mdb ni pandai sangat lah berniaga....rupanya nak untung, hanya dengan mengharapkan property yang di beli dengan harga cheapsale di jack-up kan harganya sahaja...

pak abu felda gedangsa pun pun boleh jadi peniaga berjaya kalau camtu...
Quote EJALTI 17-4-2015 03:15 PM
Edited by EJALTI at 17-4-2015 03:16 PM

Hampir 50% pengundi tidak yakin Putrajaya mampu tangani 1MDB, kata tinjauan

Published: 17 April 2015 9:15 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... -1mdb-kata-tinjauan

Satu tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini mendapati 49% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia secara terang-terangan tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya menguruskan masalah yang melanda syarikat milik penuh Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tinjauan pendapat yang dijalankan Merdeka Center dengan kerjasama BFM Radio itu juga menunjukkan hanya 18% yakin Putrajaya mampu menguruskan masalah yang menyelubungi 1MDB sementara 33% lagi tidak pasti.

Kajian dilakukan Merdeka Center itu menggunakan kaedah temu bual menerusi telefon terhadap 1,011 responden pada 12 hingga 25 Mac lalu.

1,011 responden yang dihubungi terbahagi kepada 60% responden Melayu, 30% responden Cina dan 10% responden kaum India.

Tinjauan sama juga mendapati sikap tidak percaya itu lebih ketara di kalangan golongan muda yang membentuk 57% daripada majoriti yang skeptikal dengan kemampuan Putrajaya.

Sementara, cuma 40% daripada golongan itu terdiri daripada golongan berusia 60 tahun ke atas.

Tinjauan sama juga mendapati 69% daripada pengundi tidak sedar sepenuhnya tentang kontroversi di sekitar 1MDB.

75% daripada pengundi juga tidak tahu tentang peranan 1MDB dengan pengundi Melayu membentuk peratusan tertinggi sebanyak 81%.

Majoriti yang tidak sedar sepenuhnya tentang kontroversi 1MDB juga terdiri daripada mereka yang bergantung sepenuhnya kepada media arus perdana sebagai sumber maklumat (65%), tidak mempunyai akses Internet (87%) dan mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan (87%).

"Pada pandangan kami, kurangnya kesedaran tentang perkara ini berpunca daripada sifat isu ini yang rumit dan kurangnya liputan media arus perdana.

"Mungkin, peratusan mereka yang membayar cukai iaitu sebanyak 20% sahaja juga bermakna majoriti tidak mengambil peduli akan impak pengurusan kerajaan dalam hal ini dan tidak merasakan isu ini akan memberi kesan kepada mereka," kata Merdeka Center.

Tinjauan mendapati hanya 33% pengundi merasakan mereka terkesan secara peribadi dengan isu 1MDB berbanding 36% yang merasakan mereka tidak terkesan dan 31% lagi yang kurang pasti.

"Mereka kebanyakannya terdiri daripada isi rumah berpendapatan pertengahan atas, pengundi berketurunan Cina dan mereka daripada sektor swasta dan pemilik perniagaan," kata Merdeka Center.
– 17 April, 2015.

Quote AbukRokok 17-4-2015 03:25 PM
Pecah jawapan?
Quote melia_star 17-4-2015 03:26 PM
org kalu dah profesional mcm ni lah....walau pun dlm partai korup teragung, he just kenot stand anymore....
Quote MengkuduMasam 17-4-2015 03:36 PM
sayawifenikmie replied at 17-4-2015 01:55 PM
wahid ni rasanya bagus .... entah kenapa dia nak jadi menteri yg hidung sentiasa dicucuk ........... ...

dia ni org acc.. mmg kira duit & cost jer...
mase kat TM... abis asset dijual sbb xmenguntungkan dari segi accounting....

tp ntah kenapa dah jd menteri ni especially bab 1MDB ni mcm senyap...
maybe keputusan dibuat sebelum dia jd menteri kot...


laa ni baru nak bunyik.. mcm xlama je career menteri beliau nih
Quote Lipton 17-4-2015 03:38 PM
so agak2 bape lama tok Wahid leh maintain dalam cabinet neh
Quote sayawifenikmie 17-4-2015 03:39 PM
MengkuduMasam replied at 17-4-2015 03:36 PM
dia ni org acc.. mmg kira duit & cost jer...
mase kat TM... abis asset dijual sbb xmenguntungkan  ...



... ada sorangagi saing2 dia ceo .. yg macam lembut2 sikit tu .. entah apa nama dia .. omar ke apa .... dah laam tak nampak cerita dia kat surat kabar ...


umno  ... suak ambik orang2 bagus .. dijadikan senator (menteri) .. lepas tu .. terus orang2 tu macamm ... hmmm ....

contoh: cth: masitah, firdaus ... dan wahid ni ...

Quote zamzam 17-4-2015 03:41 PM
tapi aku tetap sokong najib.

ayuh kwn2 dok belakang sultan pahang bersama najib

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.161181 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top