|
Loading FB Video...
Melalui sebuah video yang dimuatnaik di facebook Perak Today, Tun Mahathir membidas dan jelas tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan. Memetik dari kenyataan beliau, pemberian BR1M seolah-olah untuk memancing undi ketika pilihanraya. Tun Mahathir memberitahu ketika dibawah pentadbirannya dahulu, beliau mengurangkan kadar kemiskinan negara dengan membuka banyak peluang kerjaya untuk rakyat bekerja dan bukannya dengan memberi wang tanpa mendapat manfaat semula dari rakyat. BRIM juga dilihat oleh mantan Perdana Menteri ini sebagai satu alat pemusnah yang akan memakan kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib. "Orang Cina beritahu saya, ini adalah rasuah, dan mereka tidak akan mengundi. "Dan pastinya Najib mendapat kurang undi daripada Pak Lah, Pak Lah tidur pun dapat 143." sinis Tun Mahathir. Yang jelas Tun Mahathir tidak bersetuju dengan pemberian wang secara percuma tanpa kerajaan mendapat faedah daripada rakyat. - CARI Infonet
|
|
14
![]() Bagus |
15
![]() Marah |
13
![]() Terkejut |
16
![]() Sedih |
37
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.027622 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.