CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi BMW Terbakar Secara Tiba Tiba

20-4-2015 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7019| Komen: 41

Lagi BMW terbakar Secara tiba tiba

Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman.

SEREMBAN - Bahagian hadapan enjin sebuah kereta BMW, terbakar 100 peratus di tepi Jalan Seremban 2 - Seremban, dekat sini, semalam.

Difahamkan, pemilik kenderaan berusia 32 tahun yang sendirian dalam perjalanan dari arah Seremban 2 ke Seremban itu tiba-tiba menyedari kepulan asap di bahagian enjin keretanya sebelum memberhentikan kenderaan di tepi jalan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.56 pagi.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban II, Hirwan Zainal berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.57 pagi.

"Sebuah jentera dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira dua minit kemudian.

"Setiba di sana, api marak di bahagian hadapan enjin kereta berkenaan dan bomba terus menjalankan kerja-kerja pemadaman.

"Turut hangus terbakar semua komponen di bahagian enjin kereta berkenaan walaupun pada mulanya pihak bomba menghadapi kesukaran bagi membuka bonet kereta di hadapan.

"Kebakaran itu tidak melibatkan bahagian lain," katanya semalam.

Bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk mengawal kebakaran dan api dapat padam sepenuhnya tiga minit kemudiannya.

"Kejadian tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.



14

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
15

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tightcherry 18-4-2015 09:05 PM
Kes terpencil
Quote wds 18-4-2015 09:12 PM
Dah brape kali ek kereta keluaran Proton tiba2 terbakar jika dibandingkan dengan BWM ni sebab aku tngk ramai sngt suka kondemkan kereta buatan Proton ni.
Quote lavagym 18-4-2015 09:12 PM
orang pakai bmw ni semua orang kaya...apa ada hal..

hari ni terbakar esuk pagi beli baru..







Quote ultra78 18-4-2015 09:16 PM
Dah boleh agak dah hala tuju thread ni

Quote Changa 18-4-2015 09:18 PM
wds replied at 18-4-2015 09:12 PM
Dah brape kali ek kereta keluaran Proton tiba2 terbakar jika dibandingkan dengan BWM ni sebab aku tn ...

budak2 baharu nak up jah yg dok hadap proton vs semua kereta lain ini.

kalau sis masuk mana2 forum khas untuk kereta2 itu, mana ada kereta problem free hatta mercedes sekali pun.
namun biasa lah ummah BBNU ini akan hadap cerca proton jah, bukan bermaksud kereta2 lain semua perfect, problem free pakai 20 tahun tak pernah service pun masih tip top.

sebab itu akak senyum sinis jah dgn BBNU ini bila cakap pasal kereta.
ada tu hadap sangat enggan beli kereta proton sampai sanggup beli kereta yg safety rating hauk semata2 enggan beli kereta proton, janji bukan proton kata mereka, harap2 anak2 beranak BBNU itu mampus accident sebab kebodohan bapa mereka.
Quote jetrofa 18-4-2015 09:26 PM
Alamak...'BMW' FLX 1.6 SE CVT ker tu...
Quote MeghanK 18-4-2015 09:34 PM
Changa replied at 18-4-2015 09:18 PM
budak2 baharu nak up jah yg dok hadap proton vs semua kereta lain ini.

kalau sis masuk mana2 fo ...

so deep akak..mentaliti bbnu sangat orang yang duk kutuk proton banyak problem tu as if dorang dah try pakai semua kereta
Quote hanakikan 18-4-2015 09:35 PM
Betul lah kata menteri hari tu. Bmw setanding dgn proton. Syukur. Hallelujah!
Quote Changa 18-4-2015 09:43 PM
hanakikan replied at 18-4-2015 09:35 PM
Betul lah kata menteri hari tu. Bmw setanding dgn proton. Syukur. Hallelujah!

memang tak lah. kategori kereta pun dah lain, sah2 la jenama kereta like mercedes, BMW, audi pelbagai itu kategori kereta premium mewah, bukan kereta ummah marhaen felda pprt. hatta di negara luar pun jenama2 kereta itu masuk kategori premium.

hadek BBNU jah yg dok hadap percaya segala kata menteri lepas tu sentap menggelupor mamca babi hutan masing2, siapa suruh kau percaya hadap dgn menteri?

akak senyum sinis sangat tengok BBNU yg hauk bimbo sebegitu.

Quote Changa 18-4-2015 09:46 PM
MeghanK replied at 18-4-2015 09:34 PM
so deep akak..mentaliti bbnu sangat orang yang duk kutuk proton banyak problem tu as if dorang dah ...

coba sis naik genting, coba check kereta mana yg banyak tersadai tepi jalan.
mentaliti BBNU haus sangat, akak dah biasa dgn hadek2 baharu nak up ini.
akak iya kan je sambil senyum sinis bila sembang dengan mereka.
Quote peYno 18-4-2015 09:56 PM
hanakikan replied at 18-4-2015 09:35 PM
Betul lah kata menteri hari tu. Bmw setanding dgn proton. Syukur. Hallelujah!

setanding apa ehh


terus tak berdecit
Quote peYno 18-4-2015 09:57 PM
MeghanK replied at 18-4-2015 09:34 PM
so deep akak..mentaliti bbnu sangat orang yang duk kutuk proton banyak problem tu as if dorang dah ...

yup mentality bbnu dik kutuk proton walhal sekadar pakai perodua je pon kiki
Quote peYno 18-4-2015 10:02 PM
ultra78 replied at 18-4-2015 09:16 PM
Dah boleh agak dah hala tuju thread ni

thread macai bbnu yg cuba nak tiru gaya dan kelegenan peyno tapi gagal... lagi pedih lagi bila acong bukak topic pasal proton terbakar ruoanya gambar perodua alza n myvi yg terbakar

kiki
Quote MeghanK 18-4-2015 11:18 PM
Changa replied at 18-4-2015 09:46 PM
coba sis naik genting, coba check kereta mana yg banyak tersadai tepi jalan.
mentaliti BBNU  ...

Pada saya yg kutuk proton ni dalam hati teringin nk pakai kereta lain tp kurang berkemampuan, hujung2 beli proton tapi hati tak ikhlas, banyak la yg di komplennya
Quote MeghanK 18-4-2015 11:20 PM
peYno replied at 18-4-2015 09:57 PM
yup mentality bbnu dik kutuk proton walhal sekadar pakai perodua je pon kiki

Nak setuju jugak dgn post ni..kawan saya naik perodua selamba je kutuk proton..bila tanya pernah bawak proton ke? Tak pernah kata nya..tak pernah bawak tapi boleh kutuk
Quote cmf_premierleag 18-4-2015 11:25 PM
Yg kutuk2 proton ni sbb hadap pakai keter jepun, ujung2 masih menyewa rumah je..flat pprt lak tuh
Owner proton, stay landed property or kondo rumah sendiri....lebih bermaruah
Quote TuntungReturn 18-4-2015 11:37 PM
mna forumer yg kata nk cek number chasis bmw sebab org kata bmw begegar. kt tread bmw setarap proton kot. ni x nk cek chasis die ke
Quote mamiayu 18-4-2015 11:48 PM
mak aih 100% terbakar, dahsyat tu
Quote wds 18-4-2015 11:54 PM
Changa replied at 18-4-2015 09:18 PM
budak2 baharu nak up jah yg dok hadap proton vs semua kereta lain ini.

kalau sis masuk mana2 fo ...

Tu lah. Aku jadi muak pulak dengan perangai depa ni. Aku hari2 kat jalan raya dan ada kalanya nampak kereta Toyota tersadai sambil bonek depan terbukak di highway tapi xde la pulak jadi viral mcm kereta Proton yang rosaknya biasa2 je tapi diviralkan sampai ke satu dunia. Anti sungguh depa ni dgn Proton.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.295875 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top