Ular Seberat 100 Kilogram Ditangkap
Gambar yang dimuat naik ke Facebook JPAM menunjukkan anggota pasukan berkenaan mengangkat ular sawa dianggarkan seberat 100 kilogram yang ditangkap di Kampung Pudu, Segamat, hari ini. SEGAMAT, 17 April: Seekor ular sawa yang keluar dari habitatnya untuk mencari mangsa, ditangkap sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Kampung Pudu, pada Jumaat. Reptilia seberat 100 kilogram itu ditangkap, selepas dikesan beberapa penduduk kampung, ketika ia sedang bergerak secara perlahan berhampiran sebuah rumah penduduk. Pegawai JPAM Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, ular sawa betina itu ditemui penduduk kira-kira jam 3.30 petang. Katanya, empat anggota digegaskan ke lokasi reptilia itu ditemui, selepas pengadu menghubungi talian kecemasan 999. “Kita membawa kelengkapan yang sesuai untuk menangkap ular tersebut, ekoran aduan yang diterima menyatakan reptilia itu bersaiz besar. “Kerja-kerja menangkap ular tersebut agak mudah, kerana reptilia berkenaan tidak bertindak ganas, seperti sudah keletihan dan dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari makanan,” demikian menurut catatan dalam Facebook JPAM. Beliau berkata, operasi menangkap ular tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit dan anggotanya turut mendapat bantuan penduduk kampung untuk dimasukkan ke dalam sangkar yang disediakan JPAM. “Ular ini merupakan tangkapan ular kedua terbesar di daerah Segamat sehingga April tahun ini. “Sebelum ini, pada 1 Mac lalu, kami berjaya menangkap seekor ular sawa yang hampir sama besarnya di Kampung Sepinang. “Pihak kami akan menyerahkan ular ini kepada Jabatan Perhilitan Segamat untuk tindakan selanjutnya dan saya nasihatkan orang awam jangan terus bertindak sesuka hati, sekiranya terserempak haiwan ini, kerana bimbang boleh mencederakan dan mendatangkan bahaya,” ujarnya.
|
11
Bagus |
15
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 17-4-2015 11:47 PM
Ingatkan area pudu kolompo tadi
mak_wa95 replied at 18-4-2015 07:04 AM
geli la..
xsanggup nak beli hbeg/kasut kulit ular..
budakshinchan replied at 17-4-2015 11:40 PM
ciannya lapo.. dok letih x larat.. tambahan plak cuaca panas kot.. mesti anak anak dia dok tunggu na ...
budakshinchan replied at 17-4-2015 11:40 PM
ciannya lapo.. dok letih x larat.. tambahan plak cuaca panas kot.. mesti anak anak dia dok tunggu na ...
nebulagazer replied at 18-4-2015 07:29 AM
Tak silap aku ular tak jganak dia
Smua bdikari trus
ADVERTISEMENT