CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Gigit Kuku Satu Masalah Pada Otak?

20-4-2015 12:12 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2155| Komen: 0

Kenapa kita kerap menggigit kuku? Rasa sedap je bila gigi bertemu dengan kuku dan disaat menggigit itu, anda rasa satu perasaan yang paling best sekali dalam hari-hari anda.

Kajian yang dibuat di barat mendapati 60% kanak-kanak terdedah pada risiko menggigit kuku dan sebanyak 45% untuk golongan remaja.

Tabiat menggigit kuku
Stress dan kebosanan merupakan antara penyebab kenapa mereka menggigit kuku. Ia satu cara melepaskan perasaan kebosanan dan berseorangan yang bersarang dihati mereka yang gemar menggigit kuku.

Kelakuan menggigit kuku juga berkaitan dengan masalah emosi yang menghantar isyarat kepada otak. Isyarat palsu yang dihantar ke otak mengakibatkan pengidap akan melakukan tabiat ini secara berulang. Sama seperti mengidap obsessive-compulsive disorder (ODC), pengidap merasakan perlunya menggigit kuku berulang kali kerana merasakan otak menghantar isyarat kuku masih tidak berada didalam keadaan yang diinginkan.


Malah dalam satu keadaan yang serius, pengidap penyakit ini akan menggigit kuku sehingga berdarah dan mendedahkan diri pada risiko terkena jangkitan sekunder pada kuku.

Hentikan tabiat gigit kuku

1. Balut kuku dengan plaster
Jika anda mengalami masalah ini dan mengalami masalah ini sehingga kuku anda luka, ini sememangnya berkesan untuk anda.

2. Hias jari anda dengan inai
Inai sememangnya meninggalkan bau dan rasa yang tidak sedap pada kuku apabila digigit. Selain mewarnakan kuku anda, inai juga agen untuk mengekalkan kuku anda menjadi kuat.

3. Sibukkan jari anda dengan aktiviti
Jika anda seorang perempuan, lakukan lah aktiviti seperti mengait, menjahit yang penting jari anda kekal bergerak. Dengan ini, anda akan leka dan menghindarkan perbuatan menggigit kuku. 

4. Kunyah gula-gula getah
Alat untuk menggigit adalah gigi. Jadi sibukkan juga gigi anda dengan gula-gula getah. Sentiasa kunyah gula-gula getah jika anda berasa bosan.

5. Sentiasa potong kuku anda menjadi pendek
Bagi penggemar gigit kuku, mereka akan geram jika kuku panjang, dan ini lah masa anda betulkan kembali tabiat anda dengan sentiasa memendekkan kuku anda.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.024802 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top