CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Protes, Pihak Gereja Setuju Turunkan Salib

20-4-2015 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31564| Komen: 268

Lepas Protes, Pihak Gereja Setuju Turunkan Salib



Gambar: Malaysiakini

Sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang baru dibina hari ini dikejutkan apabila penduduk setempat mengadakan bantahan di premis itu mendesak supaya salib diturunkan.

Kira-kira 50 penduduk berada di bangunan kedai di mana gereja itu ditempatkan, menuntut supaya salib yang diletak pada dinding premis itu diturunkan, demikian menurut video yang dimuatnaik oleh The Star Online.

Mereka juga membawa beberapa plakad antara lain bertulis "wakil rakyat Taman Medan tidur" serta mendesak supaya tidak mencetus kemarahan dan mencabar orang Islam di Taman Medan itu - yang majoritinya didiami orang Melayu-Islam.

Ketua kampung yang mengetuai bantahan itu Datuk Abdullah Abu Bakar mengulangi amaran bahawa gereja tersebut beroperasi di kawasan yang majoritinya orang Melayu-Islam.

"Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan (operasi gereja), bagaimana kami boleh menghalangnya, tapi yang menjadi perhatian kami ialah kawasan ini adalah kawasan Melayu dan ia tidak sepatutnya berlaku," beliau dipetik sebagai berkata.

Abdullah juga kelihatan memaklumkan kepada pemberita kemudiannya bahawa pihak gereja bersetuju untuk menurunkan salib itu "hari ini atau esok" dan telah mengadakan pertemuan dengan paderi.

Menurut laman berita itu lagi, pihak polis tiba di kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian yang mengawal perserta sementara sekumpulan 15 jemaah gereja minta privasi.

Exco yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. --Malaysiandigest.com


Gambar: Malaysiakini

10

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 20-4-2015 01:48 PM
iman meleis ni selemah tu ke sampai tengok salib pun tak boleh..
Quote BotakChinPeng 20-4-2015 01:49 PM
ellZack replied at 20-4-2015 01:48 PM
iman meleis ni selemah tu ke sampai tengok salib pun tak boleh..

Mana ada meleis ? Lu datang bulan lagi ka ?

Quote MeghanK 20-4-2015 01:51 PM
Yg buat demo pun pakaian tak melmbangkan muslimah sejati
Quote MakareyumSuciey 20-4-2015 01:53 PM
Tu maknanya theyols tak layak bergelar imam lagi sbb tak mampu yakin dengan iman yang ada dalam diri sendiri! Kalau kita tau apa itu Islam and faham apa ajaranya...tak berlaku issue pun benda ni. Samalah macam kes patahkan cross kat kepala king chess tu, tulis T kecil pun kena betul2 jgn menyerupai cross. Sedih dgn mentality org camni yg semakin bercambah mcm cendawan lepas hujan. Golongan yg kenal Islam hanya luaran.
Quote bellaa 20-4-2015 01:57 PM
uik. cepatnya.



baru jap tadi komen kat thread lagi 1.
Quote BotakChinPeng 20-4-2015 01:57 PM
Ada ka kawasan majoriti kristian di Lembah Kelang nih ?
Quote harmerz01 20-4-2015 02:02 PM
Kepala demo
Quote fire_place 20-4-2015 02:05 PM
Alahai..kita ni nk menyebarkan dakwah boleh.so lps ni jgn marah bila non muslim cakap azan bising.kita pun bendul sgt..mcm lah nmpk salib tu leh jd kafir.

Aku dulu masa kecik lagi lah rumah dekat je dgn gereja besar,siap bunyi2 bila org dtg,blh dgr.lg2 time org kawin.suka tgk.xda plk tjejas akidah.sampai berangan nak kawin mcmtu.

Bila time salib ni terconok kat situ takut jejas akidah..tgk tv drama pukul 7 mengelenyar tgk hero walau masing2 dh tua.xrosak plk akidah.hak kebebasan beragamakn..kalau ko yg didik anak betol2 knp nk risau..ni mati terpedaya..ada gereja,gereja bg holly anak xleh mengucap.padahal mengucap kat tikar sejadah pun jarang sekali.
Quote ToungeSoup 20-4-2015 02:08 PM
Taman Medan tu bukan banyak melayu....tapi banyak indonss
Quote lavamorningstar 20-4-2015 02:11 PM
ha ha...

kena turun....pada muka.



Quote Esmiria 20-4-2015 02:34 PM
abg @spiderman80... what u think bout this darling?
Quote alesandra 20-4-2015 02:37 PM
booooo....geli hokehh tgk akak baju oren.sekian.
Quote blackred99 20-4-2015 02:39 PM
jgn guna huruf t lagi lepas ni.
Quote intriQue 20-4-2015 02:41 PM
dah kenapa?
Quote penjejak_awan 20-4-2015 02:41 PM
bagus....takde salib takleh nak ngadap yesus ka?...

Quote penjejak_awan 20-4-2015 02:42 PM
aku sokong protes ni...x sempat nak join...demmm
Quote kemaruk 20-4-2015 02:43 PM
kalau masing2 sembah flying speghetti monster, benda camni takkan berlaku
Quote dauswq 20-4-2015 02:45 PM
alesandra replied at 20-4-2015 02:37 PM
booooo....geli hokehh tgk akak baju oren.sekian.

kantoi org umno sendirik

igtkan mmg betul majoriti org kg situ
Quote kemaruk 20-4-2015 02:46 PM
lavamorningstar replied at 20-4-2015 02:11 PM
ha ha...

kena turun....pada muka.

yay
islam dah menang

kristian kalah booOOooOOoOOooo

ini membuktikan tuhan islam (allah) lagi kuat dari tuhan kristian (allah jugak namanya, tapi tuhan yang berbeza)


tuhan yahweh tepuk tangan

Lihat semua komen(268)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.209548 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top