Kecoh Di Kaunter Menara Maxis Kerana Nombor Vvip Maxis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek yang bekerja menjual nombor pendaftaran kenderaan dan nombor VVIP Maxis syarikat telekomunikasi itu cuba mendapatkan 10 nombor pendaftaran telefon berkenaan, Sabtu lalu tetapi Maxis hanya memberikan dua nombor kepada mereka. "Seorang daripada suspek yang berusia 57 yang tidak berpuas hati lalu memberi amaran akan datang pada hari ini (Selasa) untuk mendapatkan nombor selebihnya dan jika gagal, suspek berkata dia akan membuat kacau," katanya.
Zainuddin berkata, kedua-dua suspek berkenaan datang semula ke syarikat telekomunikasi itu hari ini menuntut baki nombor pendaftaran telefon berkenaan, namun pihak Maxis tidak melayan mereka menyebabkan suspek mengamuk dan menjerit.
Katanya, suspek memanggil 10 lelaki lain dan menimbulkan kekecohan di situ sebelum bertindak mencurah cat kuning di ruang legar kaunter berkenaan. "Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan khianat," katanya. - BERNAMA
|
kedua-dua suspek yang bekerja menjual nombor pendaftaran kenderaan dan nombor VVIP Maxis
ADVERTISEMENT