Tempo tumpu isu gaya hidup mewah Najib
Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia bakal disambut dengan laporan sebuah majalah paling berpengaruh di republik itu berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rencana bertajuk “Hidup mewah sang perdana menteri” itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis. Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas. Majalah tersebut turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti ditunjukkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch. Tempo malah menyebut bahawa Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun. “Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia,” laporan itu dipetik. Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah. Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills.
|
apam replied at 21-4-2015 04:18 PM
Indon nak kenceng apa. Less than 10% of the population control 80% of the country wealth.......lagi ...
d'zeck replied at 21-4-2015 04:22 PM
indon sama seperti malaysia
minoriti cina menguasai ekonomi
CrowneGlory replied at 21-4-2015 04:27 PM
Yerla fames la jugak walau citer negative je yg keluar... Media luar je yg tunjuk...media malaysia s ...
apam replied at 21-4-2015 04:30 PM
Malaysia ada ampun sikit sbb ade ketuatan melayu dgn DEB bapak najib buat. Sana kalau nk tolong ka ...
d'zeck replied at 21-4-2015 04:32 PM
pusing2 pun sumbernya tetap
The New York Times, The Malaysian Dogs
d'zeck replied at 21-4-2015 04:43 PM
new york sibuk pasal malaysia
indon sibuk pasal malaysia
lurve82 replied at 21-4-2015 04:51 PM
org ckp pasal pemimpin Malaysia dia sibuk dok ckp pemimpin negara lain...
ADVERTISEMENT