Rakyat China Paling Tidak Percaya Tuhan Wujud WASHINGTON DC – Negara paling ramai penduduk di dunia, China dilaporkan sebagai paling tidak beragama, apabila kajian terbaharu mendapati, lebih 90 peratus rakyatnya menganggap diri mereka ateis atau tiada agama. Hasil bancian terhadap 65 negara dijalankan firma penyelidikan global, Gallup International dan WI Network of Market Research dilaporkan akhbar berpengaruh Amerika Syarikat (AS), Washington Post pada minggu lalu. Ia melibatkan 63,898 responden dan keputusannya, China berada di tempat pertama paling tidak percaya tuhan diikuti beberapa negara Eropah antaranya Sweden dengan 75 peratus rakyatnya tiada agama langsung. Peta grafik kajian Gallup 2015 untuk kepercayaan kepada agama dengan 0% paling percaya Tuhan dan 100% sebagai ateis. – Gambar hiasan Situasi di China disebabkan selama beberapa dekad, pemerintahan rejim Komunis menanam ‘minda’ penduduk menganggap tuhan tidak wujud sebelum dasar terbuka lewat 1990-an membenarkan semula amalan agama. Manakala Sweden susulan polisi negara rantau Skandinavia itu lebih sekular mengasingkan fahaman agama dalam semua perkara, malah bancian terkini mendapati satu daripada lapan rakyatnya sahaja pergi beribadat. Dianggarkan 50 peratus penduduk Eropah Barat adalah ateis antaranya Britain, Belanda, Jerman, Switzerland, Sepanyol, Austria dan Perancis manakala Israel lebih teruk, apabila 65 peratus rakyatnya tiada beragama. Berbeza daripada Palestin, lebih separuh daripada rakyat Israel tidak percaya Tuhan walaupun mengaku kaum Yahudi. – Gambar hiasan Akhbar ternama Israel, Haaretz, berkata, ateisme berakar kuat dalam masyarakat Yahudi moden dan ini jauh berbeza daripada penduduk Palestin yang mencatatkan hanya 19 peratus rakyatnya tidak percaya tuhan. Kajian Gallup International itu mencatatkan antara 65 negara yang dikaji, rakyat Thailand paling kuat pegangan agama mereka dengan rekod 94 peratus diikuti Armenia, Bangladesh, Georgia, dan Maghribi. Laporan itu tidak menyebut Malaysia, namun berdasarkan peta grafik yang dikeluarkan agensi itu menunjukkan negara ini termasuk dalam kategori kurang 20 peratus daripada penduduknya tiada agama. – Agensi/A.AMREE
|
d'zeck replied at 22-4-2015 12:16 PM
cina di malaysia pun sama
pasal tu ramai yang
bluehedgehog replied at 22-4-2015 12:23 PM
di mesia, rukun negara lebih kepada kepercayaan kepada tuhan ameno/bijan
d'zeck replied at 22-4-2015 12:27 PM
patut la rukun cina DAP
percayakan tuhan lim guan eng
bluehedgehog replied at 22-4-2015 12:32 PM
tersentap trus klau gue sebut aja ameno atau bijan?
d'zeck replied at 22-4-2015 12:34 PM
jikalau rukun utama pun dah failed
bagi kad pengenalan malaysia
bluehedgehog replied at 22-4-2015 12:36 PM
lu bagi kad pengenalan ka, kan lu bangsa pelarian?
welcome back, malaycaridotcomdotmai sunyi ...
d'zeck replied at 22-4-2015 12:42 PM
tuan mesi mo
kasi sama imigelan
dcruins replied at 22-4-2015 01:20 PM
saper kata tak der...
damian_lee replied at 22-4-2015 01:19 PM
ramai jer cina kat Malaysia sini yang aku jumpa xpercaya tuhan
tapi sembahyang tetap tidak lupa
se ...
dcruins replied at 22-4-2015 01:25 PM
bapak besar China....
d'zeck replied at 22-4-2015 12:16 PM
cina di malaysia pun sama
pasal tu ramai yang
damian_lee replied at 22-4-2015 01:19 PM
ramai jer cina kat Malaysia sini yang aku jumpa xpercaya tuhan
tapi sembahyang tetap tidak lupa
se ...
ADVERTISEMENT