CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Hairuddin sokong perlantikan Kevin Ramalingam

23-4-2015 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3297| Komen: 0



Hairuddin Omar selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM) menyambut baik perlantikan Kevin Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabilit Bola Sepak Malaysia (FMLLP).



Kevin menjadi CEO FMLLP yang pertama dan akan berkhidmat selama tiga tahun.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat pengalaman 14 tahun Kevin dalam bidang komersial dan teknikal bola sepak sebagai satu bukti dia jadi calon terbaik.

Hairuddin yang turut beraksi sebagai pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berharap Kevin mampu memacu Liga Malaysia kearah yang lebih dinamik dan tersusun.


"Saya rasa sudah lama sepatutnya kita diuruskan oleh badan lebih profesional kerana badan ini hanya menumpukan kepada pertandingan liga sahaja manakala FAM boleh tumpukan pada pembangunan bola sepak negara serta pasukan kebangsaan,'katanya.

Mengenai cadangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan perlawanan Liga Malaysia pada jam 10.30 malam dibulan puasa, pemain berusia 35 tahun itu merasakan cadangan itu relevan.

"Bagi saya andai perlawanan diteruskan di bulan puasa pada saya itu perkara biasa dan pemain tiada alasan untuk tidak memberikan yang terbaik walaupun beraksi pada bulan ramadhan," ujarnya.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051040 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top