Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima satu lagi tamparan apabila seorang lagi tonggak pasukan Christie Jayaseelan membuat keputusan mengikut jejak langkah Norshahrul Idlan Ta'laha meninggalkan skuad The Gladiators.
Pemain berusia 29 tahun itu tekad meninggalkan ATM selepas pasukan itu memilih itu merehatkan pengendali B. Satianathan. Christie kini menjadi milik Felda United dan telah menandatangani kontrak selama 7 bulan. Sebelum ini, penyerang kebangsaan Norshahrul angkat kaki minggu lalu untuk menyertai Terengganu. ATM telah melepaskan Christie tanpa perlu membayar sebarang jumlah pampasan sepertimana yang berlaku kepada Norshahrul sebelum ini. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT