"Masalah Kewangan Punca Prestasi Trw Merudum" Masalah kewangan antara punca prestasi pasukan Liga Super Kelantan merudum, sekali gus gagal bersaing dengan pasukan lain yang menerima pelbagai tajaan besar, kata Tan Sri Annuar Musa.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu, berkata faktor tersebut dikenal pasti telah menjejaskan prestasi sebenar 'The Red Warriors (TRW)' dan keadaan ini akan lebih parah jika tidak diselesaikan segera. "Nasihat saya agar mereka (penyokong) sabar, ramai yang tidak sedar senario Liga Malaysia sudah berubah kerana bila empat import dibenar beraksi, ia berubah dan kelebihannya kepada pasukan yang kaya. "Kita cuba ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia, kedudukan Liga Super kita cuba baiki lagi...usaha ini sangatlah berat," katanya. Sementara itu, beliau berkata pasukannya akan turun dengan barisan pemain terbaik menjelang aksi menentang Sime Darby FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Selasa ini. "Kita akan turunkan kesebelasan terbaik 2015... Austin Amutu, Gilmar Jose Dis Santos Filho dan Erwin Carillo...trio akan berganding kali pertama dengan pemain sayap yang pantas," katanya. Selepas lapan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan hanya menjaringkan enam gol dan kini berada di tangga ke-10 dengan tujuh mata, selepas hanya mencatat dua kemenangan dan satu seri sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT