CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Aplikasi Saywa Memudahkan Pemilik Hartanah Menyewakan Rumah

23-4-2015 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3051| Komen: 0

Aplikasi Saywa Memudahkan Pemilik Hartanah Menyewakan Rumah


Sehingga kini terdapat pelbagai khidmat atas talian yang menyenaraikan hartanah yang boleh disewa. Pemilik hartanah boleh menyenaraikan hartanah mereka di laman seperti Mudah, iProperty, dan juga Airbnb. Kini terdapat aplikasi yang memudahkan pemilik hartanah untuk menguruskan hal penyewaan rumah yang dinamakan Saywa.

Berbeza dengan laman lain yang memfokuskan kepada penyenaraian, aplikasi ini lebih menekankan kepada proses penyewaan dan pengendalian penyewaan rumah tersebut. Pemilik hartanah boleh menetapkan masa temujanji tersedia bagi memudahkan bakal penyewa memilih waktu lawatan untuk melihat rumah tersebut. 


Selain dari itu, bagi bakal penyewa turut boleh menetapkan masa yang diinginkan, sekaligus juga memudahkan tuan rumah dan bakal penyewa berjumpa bersama-sama.

Dari segi paparan antaramuka aplikasi ini, ia agak mudah bagi penyewa untuk mencari rumah yang diinginkan, kerana pada halaman utama telah terdapat maklumat seperti harga sewa, kesediaan perabot, keluasan rumah dan bilakah rumah tersebut tersedia untuk disewakan. 

Bagi tuan rumah, aplikasi ini memudahkan tuan rumah untuk memuatnaik gambar mengikut bilik dan ruang tertentu didalam rumah dan mempunyai fungsi untuk mencantikkan gambar. 

Terdapat menu untuk melihat tawaran sewa, jadual temujanji dan juga rumah yang telah ditandakan melalui aplikasi.
Sekiranya anda pemilik hartanah mahupun anda sedang mencari rumah untuk disewa, muat turun aplikasi Saywa ini.

Apple iOS: Saywa


Android: Saywa
kredit:www.amanz.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.024049 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top