Saya Tak Keseorangan, Kata Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyentuh kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucap utamanya di Invest Malaysia 2015 hari ini. Beliau menyentuh kenyataan “sesetengah pihak” yang mengaku mungkin keseorangan menyatakan kebenaran. Sebaliknya, kata Najib, beliau hari ini tidak langsung berasakan berkeseorangan. "Saya tidak berasa sendirian langsung sebaliknya saya berasa ditemani dengan begitu baik,” katanya. Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian dalam acara di Hotel Mandarin Oriental di Kuala Lumpur. Najib berkata terdapat banyak pihak di peringkat antarabangsa mengesahkan kejayaan Malaysia dan beliau rasa berbangga dengan pencapaian itu. Mahathir sebelum ini berkata beliau mungkin keseorangan menyatakan kebenaran terhadap Najib, terutamanya dalam isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). http://www.malaysiakini.com/news/296150
|
d'zeck replied at 23-4-2015 11:31 AM
memang tak keseorangan
keseluruhan pimpinan dan ahli
dino replied at 23-4-2015 11:32 AM
ooo lupa dzeck diblkg najib
scorpionkiki replied at 23-4-2015 11:32 AM
Keep on dreaming Dzek.... menghibur hati yg lara...
MeghanK replied at 23-4-2015 11:32 AM
Live in denial..kesian
d'zeck replied at 23-4-2015 11:38 AM
so,
nak buat undi tak percaya ka
MeghanK replied at 23-4-2015 11:39 AM
Buat la apa pun..yg penting people dun wan him anymore
ADVERTISEMENT