CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azmin Izinkan Bangunan Itu Disalibkan

23-4-2015 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10884| Komen: 93

Gereja dibenarkan pasang semula tanda salib, kata MB Selangor


Gereja di rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.


Gereja kontroversi yang terletak di lot Perniagaan Metro Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib di premis itu, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin  berkata, salib merupakan simbol suci bagi penganut Kristian dan masyarakat lain perlu menghormatinya.

"Ya, tak menjadi masalah. Sebaliknya persoalan kita adalah, kenapa paksa mereka turunkan salib?

"Ini kerana salib adalah lambang suci kepada penganut Kristian dan masyarakat perlu hormat," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mengadakan protes Ahad lalu.

Katanya, protes itu tidak boleh diterima dan semua pihak perlu saling menghormati antara penduduk berbilang agama di Selangor.

Ahad lalu, kira-kira 50 penduduk Taman Medan mengadakan protes di depan gereja itu menuntut tanda salib di luar bangunan premis itu diturunkan.


Kumpulan tersebut mendakwa, kewujudan salib gergasi itu mampu menggugat keimanan.

Petang semalam, Ketua Umno Cawangan Taman Lindungan Jaya, Datuk Abdullah Abu Bakar disoal siasat polis hampir 3 jam berhubung kejadian itu.

Abdullah yang merupakan abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang bagi merakamkan keterangan.

Sementara itu, mengulas dakwaan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang mempertahankan undang-undang hudud perlu dilaksanakan demi keselamatan dan keamanan rakyat, Azmin menepis alasan itu.

Katanya, ada banyak perkara lain yang melibatkan isu keselamatan rakyat berbanding hudud.

"Kita bercakap soal pengukuhan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia, kebajikan, dan sistem pendidikan. Ini isu keselamatan yang sebenar kita sebagai rakyat di Malaysia," katanya.

Hadi pada sesi Bicara Minda dan sesi dialog "Hudud dari kaca mata Hadi" di Komples Karangkaf di Shah Alam semalam mendakwa punca DAP dan PKR enggan sokong hudud kerana takut hilang undi.

"Saya buat kesimpulan ramai dalam kalangan pakatan pembangkang tidak suka hudud kerana takut tidak dapat undi. Mereka takut pengundi tidak akan mengundi kita.

“Namun, masalah kita (PAS) ialah bukan kerana pilihan raya tetapi keamanan dan keselamatan. Tidak menang pilihan raya pun tak apa, asalkan rakyat selamat,” katanya. – 23 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.qzOnWKtp.dpuf


25

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sgbuloh 23-4-2015 04:44 PM
jaat ler umno ni. takde keje lain nak mengapi-apikan situasi.
Quote damian_lee 23-4-2015 04:48 PM
*ak suka jangan *engok ...
*ak perlu ko* nak memekak
ce*ek sungguh pemikiran

marilah beramai2 meramaikan masjid
dari buang masa
pro*es benda yang x masuk dek akal
Quote JohnPuteh 24-4-2015 09:38 AM
isu kecik je kot..ummah melayu skrg perangai dah serupa Cina tanah besar
Quote bluehedgehog 24-4-2015 09:42 AM
JohnPuteh replied at 24-4-2015 09:38 AM
isu kecik je kot..ummah melayu skrg perangai dah serupa Cina tanah besar

tanah besar china masih lagi 20 peratus penduduknya kategori pprt, iaitu 260 juta, lebih byk berbanding meleis pprt
meleis pprt perlu berusaha lebih byk lg...masih jauh ketinggalan
Quote Aliaskotonggo 24-4-2015 10:17 AM
aku sokong!!
Quote Lina66 24-4-2015 10:19 AM
Edited by Lina66 at 24-4-2015 12:22 PM


letak la balik salib tu kat gereja...
kan lambang org kristian..


bukan boleh jadi hangus pon kalo nampak lambang salib ni pada muslimin dan muslimat yg ade ....
lain la kalo muslimin muslimat tu betol2 besor setan gondol jahat nak mampos keje nak hisap darah org je...

sudah2 la.. ugama lain pon ade tuhan yg dia nak sembah... bukan kite org islam je yg tau nak bersujud pada tuhan yg satu..



Quote pehbedah 24-4-2015 10:21 AM
belajarlah hormat org lain...payah sangat kahh...
Quote estrelle 24-4-2015 10:22 AM
Bodohnya la ummah..pandang salib je dah tergugat iman..
Quote sunquick 24-4-2015 10:25 AM
dracula je yg takut salib ni...
Quote Aliaskotonggo 24-4-2015 10:25 AM
ni ada DNA geng2 isis wal wahabi kat Syria yg dok gigih turunkan salib, hancurkan gereja, paksa org jadi islam, hancurkan patung buddha, hancurkan patung2 kat muzium, hancurkan kubur2 org Islam takut syririk
Quote lavamorningstar 24-4-2015 10:26 AM
itu pastor pun tarak mau ikut cakap si aiskrim ni...





Quote Ah_Kwan 24-4-2015 10:26 AM
keh keh keh

maka marilah kita  semua mula untuk menaikkan lambang bulan dan bintang di jg baru cina dan brickfields...
kerana lambang bulan dan bintang adalah lambang kesucian agama Islam...

ada siapa diatas yang bahlol berani?

keh keh keh
Quote lavamorningstar 24-4-2015 10:52 AM
Edited by lavamorningstar at 24-4-2015 10:53 AM

STRATEGI KAFIR KRISTIAN

PLAN A: Let's play silent mode

[size=13.1999998092651px]1) Bukak Church secara haram..moga2 tiada yang perasan.


[size=13.1999998092651px]a- Kalau tiada yang bersuara, teruskan buka lagi gereja di penempatan or[size=13.1999998092651px]ang Islam
b- Kalau kantoi, move to Plan B.

[size=13.1999998092651px]

[size=13.1999998092651px]

[size=13.1999998092651px]PLAN B: Let's play victim!

1) Bila orang Melayu Islam protes, kita lapor masuk berita: orang Melayu tempelak orang Kristian

2) Peranan media wujudkan persepsi kristian jadi mangsa, Orang Melayu Islam radikal dan tiada toleransi

3) Tunggu orang Melayu Islam lain backup. jangan risau. mereka golongan yang ramai, baik hati dan sayang kepada kita, mereka pasti akan sokong kita.

4) Tunggu kenyataan-kenyataan ISMA dan orang Islam lain yang sokong Melayu Islam dan naikkan mereka sebagai suara-suara ekstremist.

5) Biar Melayu Islam sesama Melayu Islam bergaduh

6a) Tunggu kita diberi penempatan gereja baru secara halal tanda toleransi.
atau

6b) Continue Plan A.

[size=13.1999998092651px]

[size=13.1999998092651px]

[size=13.1999998092651px]wa cilok dari blog member wa.
[size=13.1999998092651px]

[size=13.1999998092651px]
[size=13.1999998092651px]

[size=13.1999998092651px]

Quote honeybee1802 24-4-2015 10:56 AM
Err....is there any law or regulation pasal rumah ibadat ni?adakah just boleh sewa n buat jer?kalo kuil hindu lg la..memula gsntung kat pokok,lama2 membesar plak....jgn kata aku berst sebelah..yg mesjid plak...awat ceramah pung nak bukak speaker luar?tgk la plak kat luar tu ada non muslim,will u feel irritated kalo other rumah ibadat buat gitu jg?
Quote Ah_Kwan 24-4-2015 10:56 AM
lavamorningstar replied at 24-4-2015 10:52 AM
STRATEGI KAFIR KRISTIAN

PLAN A: Let's play silent mode

keh keh keh

lu cilok kasi elok2 cilok maaa

keh keh keh
Quote lavamorningstar 24-4-2015 10:58 AM
Ah_Kwan replied at 24-4-2015 10:56 AM
keh keh keh

lu cilok kasi elok2 cilok maaa

wa dah edit....gitu jugak kluar text tu...

ini mesti kafirun sabotaj post wa ni...


Quote cipOt_cedOt 24-4-2015 11:03 AM
masyarakat kristian berhak untuk mengamalkan ritual dan memiliki rumah ibadat mereka sendiri... itu termaktub dalam perlembagaan... hak dan kebebasan beragama... kita tak boleh nak cabul hak itu...

tapi kita lupa bahawa sebelom itu ada pihak yang mencabul hak mayarakat orang Islam dengan berdemo dan membantah perlaksanaan undang-undang jenayah syariah (hudud, Qisas & tak'zir)...

isu Taman Medan adalah kelangsungan siri balas dendam... ko demo halang hak kami dan kamu juga berdemo halang hak kamu...

yang memang bukan Islam dan bukan Kristian... yang menang dalah puak politik berkepentingan...
Quote ajie2000 24-4-2015 11:04 AM
Quote ajie2000 24-4-2015 11:05 AM

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.248003 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top