Pendahulu Liga Perdana T-Team tidak akan memandang rendah keupayaan SPA FC apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jumaat ini.
"Kami mahu terus mengungguli kedudukan teratas liga," katanya. Beliau berkata ketiadaan dua pemain import, Farmola David Oniya dan Sadriddin Abdullaev tidak akan menjejaskan tumpuan T-Team untuk meraih tiga mata penuh pada perlawanan tersebut. Katanya Oniya yang juga ketua pasukan T-Team direhatkan selepas menjalani pembedahan kecil di muka, manakala Sadriddin digantung satu perlawanan setelah menerima kad merah ketika bertemu UiTM FC. "Kita tidak bimbang dengan ketiadaan dua pemain tonggak itu kerana kita masih mempunyai ramai pemain berpotensi untuk mengambil tempat mereka," katanya. Selepas mengharungi lapan perlawanan, T-Team yang dibimbing jurulatih dari Crotia, Fomislav Steinbruckner mengumpul 17 mata hasil lima kemenangan, dua seri dan kalah sekali. Zainuddin berkata sasaran T-Team dalam saingan liga tahun ini adalah untuk muncul juara, sekali gus dapat kembali beraksi pada Liga Super tahun depan. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT