"Kemenangan yang cukup manis," ujar jurulatih Kelantan, Azraai Khor Abdullah apabila meraih kemenangan pertamanya sebagai pengendali The Red Warriors dan kemenagan itu juga membawa pasukannya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA.
Gol pertama Kelantan yang dijaringkan menerusi tendangan penalti kapten pasukan Badri Radzi pada minit ke-40 disifatkan sebagai penyuntik semangat kepada pasukan. Bermula dari itu, Kelantan terus menambah jaringan menerusi Iwuji Amamchi pada minit ke 54 dan gol ke-3 dijaringkan oleh Erwin Carillo pada minit ke 74 untuk mengesahkan slot ke seperuh akhir Piala FA milik mereka. Sementara itu, pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria akur dengan kekalahan pasukannya dan menyifatkan faktor mereka gagal menyaingi kekuatan Kelantan disebabkan kesemua pemain importnya tidak berfungsi baik seperti pemain import pasukan lawan . Tiga kali ke final, 2 kali muncul juara sejak 2011 menceritakan betapa The Red Warriors meniti perjalanan suka duka di Piala FA. Musim 2012 paling dramatik apabila gol di tempat lawan jadi penentu ke final seterusnya menjulang piala. Manakala 2013 pula menyaksikan Dickson Nwakaeme meledak gol kemenangan Kelantan di separuh akhir pada minit ke 129 menewaskan Terengganu. Rekod Kelantan di separuh akhir Piala FA (2011-2014) 2011 Aksi pertama : Selangor 1-5 kelantan Aksi kedua : Kelantan 1-1 selangor Kelantan ke final dengan agregat 6-2, namun tewas di final kepada Terengganu 2012 Aksi pertama : Kelantan 1-1 Kedah Aksi kedua : Kedah 2-2 Kelantan Kelantan ke final dengan kelebihan gol tempat lawan selepas agregat terikat 3-3, muncul juara Piala FA buat kali pertama. 2013 Aksi pertama : Kelantan 4-1 Terengganu Aksi kedua : Terengganu 4-2 Kelantan Kelantan ke final dengan agregat 6-5, pertahan kejuaraan Piala FA menewaskan Johor DT di final 2014 Aksi pertama : Kelantan 3-3 Felda United Aksi kedua : Felda United 2-2 kelantan Kelantan gagal ke final, tewas gol tempat lawan selepas agregat terikat 5-5 sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT