CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aksi Ghairah Mereka Ditegur Orang Awam

24-4-2015 06:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19989| Komen: 73

Aksi Ghairah Mereka Ditegur Orang Awam


 
Sedutan video yang viral di laman sosial Facebook.                                                                     

SHAH ALAM - Seorang pemuda bertindak merakam aksi beliau menegur perbuatan pasangan lelaki dan perempuan di sebuah taman yang disifatkannya sudah keterlaluan.

Video berdurasi satu minit 30 saat tersebut dikongsi beberapa pelayar di laman sosial Facebook hari ini.

"Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, (tapi) perangai tak semenggah," kata pemuda tersebut di awal video tersebut.

Dia kemudian menunggang motosikal ke sebuah lokasi dan berhenti berdekatan dengan satu pasangan lelaki dan perempuan bertudung. Lelaki tersebut sedang baring atas riba perempuan berkenan.

"Hoi! Dah kahwin ke belum?" tanya beliau sebanyak dua kali ke pasangan tersebut.

Pemuda tersebut terus memarahi pasangan tersebut di mana terdapat sedikit kekasaran bahasa namun berjaya membuatkan pasangan tersebut bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.

"Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok," kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi.

Hampir 150,000 pelayar yang menonton video berkenaan berpendapat tindakan pemuda tersebut adalah berani dan sedikit kasar namun tetap dipuji kerana berjaya menegur.

"Tak kena tertib dia rakam, lebih baik dia tak rakam, terus tegur, biar ALLAH rakam," kata seorang pelayar.

"Tapi teguran dia tu saya setuju. Apa pun jadikan iktibar," kata Aki Naszeri.

"Kalau ramai manusia macam abang dalam video tu dekat sini, mesti dapat mengurangkan kes-kes macam tu," kata Affiq Zulkifle.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/hoi-dah-kahwin-ka-belum-1.382875

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chaintea 24-4-2015 02:01 PM
dah watched the video
idak ler kasar bahasa sgt pon..
mmg patut dimarah..budak sekolah lak tu
paling win ayat dia "Awak tu dah la bertudung, buat malu je.." lebih kurang gitu la antara bebelnya
Quote azimodin 24-4-2015 02:07 PM
Kalau tegur lembut2 dituduk kepochi, kena segah macam ni baru bertempiaran lari... Sayang pulak video x HD, xdapat tengok muka pasangangan romantika jelas2
Quote Esmiria 24-4-2015 02:10 PM
mohtip rakam perbuatan  dia yang menegur?
Quote rogayahtop 24-4-2015 02:17 PM
Walaupun perbuatan couple tu menurut beliau keterlaluan malaysia ni tak ada undang undang tak boleh baring atas riba perempuan yg bukan muhrim. Kalau tak drama tv filem melayu semua tu diharamkan.

Boleh je bagitau elok2 ni siap rakam nak glamer kat fb la tu, mengaibkan org memang seronok.

Kalau couple tu dah kawin free2 je kena maki.
Niat yang baik tp execution nyer salah.
Quote shernazz 24-4-2015 02:18 PM
hahaha...
member aku.slalu buat gini kt titiwangsa
tp xde rakam la..masa tu hp sabun n daun baru populer...hahha
Quote bellaa 24-4-2015 02:27 PM
nak bermanja x bertempat..

patotlah buang beby pon merata2.
Quote jaja4 24-4-2015 02:31 PM
selayaknye kene sound. siang2 siap baring2 manja2 kt tmpat awam, ko ingt cite hindustan ke??
Quote fifie_olin 24-4-2015 02:41 PM
mmg bgs la dia menghalang maksiat
tp dlm Islam suruh menegur cara senyap...
kalo bole org sebelah pon x dgr terguran kita tu..

cara org ni kasar sgt...
Quote dewimalam78 24-4-2015 02:45 PM
budak2 sekarang bukannya bole tegur lembut dah. lagi diejeknya kita balik. Dikata kita sapa, nak menyibuk. So ai sokong je teguran org laki. biar budak tu rs malu dan takut esp pompuan tu. Buat malu kaum pompuan je
Quote vios04 24-4-2015 02:56 PM
Aku  pernah  jumpa  couple  baring  mcm  ni  kt  tepi  pantai  tapi  pompuan  yang  baring. Punya  tak  malu  padahal  kitaorg  selang  1  pokok  jer  dr  dia. Kitaorg  sambil  bakar  ayam  sambil  tu  buat  bising  perli  mcm2  tp  still  buat  tak  dengar. Aku  geram  terus  suruh  anak  umur  3 tahun  pegi  tegur sbb tak nak  malukan  diaorg. Anak  aku  cakap  abg  buat  apa  tu  boleh  plak  budak  tu  jawab  nk  tidokan  kakak  sbb  kakak  mengantuk. Aku  ajar  kt  anak  aku  ckp  klau  mengantuk  pegi  tido  kt  umah. Budak  tu  jwb  kt  umah  panas. Pastu  aku  ajar  anak  aku, mama  saya  ckp  kt  neraka  lagi  panas  kalau  nak  tau  pergi  tido  kt  pasir  panas  tu. Bila  dengar  mcm  tu  baru  budak  tu  bangun. Padan  muka  kena  nasihat  oleh  budak  umur  3 tahun. Kami  yg  dengar  ni  tak  boleh  tahan  nak  gelak  sebab  anak  aku  ckp  selamba  jer kt  diaorg  
Quote eyansss 24-4-2015 02:56 PM
rogayahtop replied at 24-4-2015 02:17 PM
Walaupun perbuatan couple tu menurut beliau keterlaluan malaysia ni tak ada undang undang tak boleh  ...

ada...  undang2 syariah ada...  berkelakuan tidak senonoh di tempat awam...
Quote lavamorningstar 24-4-2015 03:09 PM
bagus brother ni...syabas...

kasi ajar sama budak2 bahlolyang mak pak bahlol tarak tahu kasi ajar ni semua...

orang suh pi sekolah...lu pi beromen..

patut la lu masuk voka..



Quote NIXAReturn 24-4-2015 03:13 PM
rogayahtop replied at 24-4-2015 02:17 PM
Walaupun perbuatan couple tu menurut beliau keterlaluan malaysia ni tak ada undang undang tak boleh  ...

Sis gayah..kalau dh kawin x dernya nk romantika cinta kat public mcm tu..
Lebih baik mengenjut kat rumah..kompom inzal
Quote lavamorningstar 24-4-2015 03:17 PM
NIXAReturn replied at 24-4-2015 03:13 PM
Sis gayah..kalau dh kawin x dernya nk romantika cinta kat public mcm tu..
Lebih baik mengenjut ka ...

biasa la...mesti ada bahlol2 yang tarak suka sama orang cegah maksiat...
sebab dorang tarak suka maksiat dorang dicegah...






Quote CrowneGlory 24-4-2015 03:20 PM
Patut ada skuad menegur mcm ni...ganas skit ..nk harap jawi, jais etc mmg segala nk tunggu repot...yg kes2 mcm ni susah skit dorg nk buat serbuan
Quote NIXAReturn 24-4-2015 03:20 PM
vios04 replied at 24-4-2015 02:56 PM
Aku  pernah  jumpa  couple  baring  mcm  ni  kt  tepi  pantai  tapi  pompuan  yang  baring. Punya  t ...

Amboi sis..kecik2 lagi dah ajar anak melahar...demi kesinambungan ummah ke?
Quote NIXAReturn 24-4-2015 03:21 PM
lavamorningstar replied at 24-4-2015 03:17 PM
biasa la...mesti ada bahlol2 yang tarak suka sama orang cegah maksiat...
sebab dorang tarak suka  ...

Kaum2 gayah mmg x suka pencegahan maksiat ni..al-maklumlah
Quote lavamorningstar 24-4-2015 03:24 PM
NIXAReturn replied at 24-4-2015 03:21 PM
Kaum2 gayah mmg x suka pencegahan maksiat ni..al-maklumlah

dorang pikir mak pak dorang tarak cegah dorang buat maksiat...

orang lain pun tarak boleh la mau kecoh cegah maksiat dorang
dasar keturunan bergelumung dgn maksiat.




Quote meiya_loya 24-4-2015 03:29 PM
paling win ayat dia "Awak tu dah la bertudung, buat malu je.." lebih kurang gitu la antara bebelnya


nie iol nak citer sikit pasal budak melayu pompuan skrg..

Iol ade advertise iklan sewa bilik medium room. Ade laa few yg berminat...mostly pompuan Malay laa yg call nak sewa.. Iol plak mmg awal2 dah warn sape2 yg dtg nak tgk bilik tuh, umah iol mmg xdibenarkan bawak lelaki masuk. Yg iol geram, masih lagi tuh nak tawar menawar ngan iol nak bawak bf datang rumah, bf nak tumpang makan laa ape laaa.... iol mmg bengang OK! Pompuan2 neh bertudung...pastu ayat bese dorg, "alaaaa, xkan xboleh...sy ingatkan akak ok sbb akak freehair"...

Kurang hajar betullll....mentang2 laa iol freehair, diorg ingat ak neh sesukahati nak bagi lelaki kuar masuk rumah iol.. Semalam ade sorg lagi minah datang nak sewa bilik, pakai tudung kerja cikgu... sama laa, tanya boleh x kalo bf datang nak tido n lepak2. Terus iol halau dia kuar. Ape nak jadi ntah dgn budak pompuan melayu zaman sekrg...tutup aurat, tapi zina boleh.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043039 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top