Henti serangan terhadap Perdana Menteri BATU PAHAT - Pertubuhan Warisan Melayu (PWM) Johor hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan kembali bersatu demi kepentingan agama serta bangsa. Presidennya Datuk Abdul Rahman Yunos berkata menegur pemimpin dengan perbuatan menghentam bukan merupakan adab dan budaya Melayu, sebaliknya ia perlu dilakukan secara berhemah. "pertubuhan Warisan Melayu yang mengadakan mesyuarat agung hari ini memutuskan untuk mengemukakan resolusi bagi melindungi kepimpinan negara dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kalau hendak buat teguran, buatlah secara berhemah, berbudi pekerti dan beradab cara orang Melayu kerana Pertubuhan Warisan Melayu yakin pemimpin boleh menerima teguran tetapi bukan dengan cara dihentam kiri, kanan, depan dan belakang," katanya. Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung PWM Johor oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, di sini hari ini. Sehubungan itu, Abdul Rahman meminta semua pihak yang terlibat dengan serangan terhadap Najib supaya kembali ke pangkal jalan bagi mengelak berlakunya persengketaan. Beliau berkata semua pihak khususnya orang Melayu perlu belajar dari sejarah mengenai keruntuhan beberapa kerajaan di dunia, adalah berpunca akibat persengketaan antara satu sama lain. "Adat Melayu juga tidak pernah menjatuhkan pemimpin sendiri biarpun barisan kepimpinan itu boleh ditukar atau diganti pada bila-bila masa. "Namun, kini bukan masanya lagi untuk kita menukar kepimpinan negara kerana banyak perkara perlu dilalui dan diselesaikan terlebih dahulu," katanya. Sementara itu, Ab Aziz yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau menyambut baik resolusi tersebut yang mencerminkan kehendak orang Melayu untuk bersatu dan mengetepikan segala sengketa yang tidak menguntungkan negara. Beliau berkata apa jua masalah yang melibatkan pentadbiran negara, perlunya satu pihak yang bertindak 'mengawasi dan mengimbangi tindakan' bagi memastikan semua perkara diurus dengan baik. "Kita tidak mahu Wawasan 2020 terhenti sekerat jalan...kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan pelbagai pihak yang dapat memastikan wang negara diurus dengan baik," katanya. - Bernama
|
15
Bagus |
12
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
otai_g replied at 26-4-2015 02:42 AM
nak jd bodoh pun biar lah berpada2.
duit kerajaan da hilang berbilion2 ntah ke mana masih nak jd ...
freebird replied at 26-4-2015 10:24 AM
Johor? Provinsi indon ni....
primemova replied at 26-4-2015 10:30 AM
Bodohnya... Asal demi melayu je harus ke angkat penimpin yg tak layak?
Sepatutnya demi kepenting ...
otai_g replied at 26-4-2015 02:42 AM
nak jd bodoh pun biar lah berpada2.
duit kerajaan da hilang berbilion2 ntah ke mana masih nak jd ...
dess402 replied at 26-4-2015 10:56 AM
zaman mahathir dulu duit tak hilang ke ??
ADVERTISEMENT