CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gunung Nuang Hulu Langat - 12 Anggota Militan Is Ditangkap

27-4-2015 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13852| Komen: 116

12 anggota militan IS ditangkapSemasa mereka uji bom, rancang cetus huru-hara



Antara barang-barang milik anggota militan yang dirampas oleh anggota polis berkenaan dalam operasi tersebut.


KUALA LUMPUR 26 April - sekumpulan 12 rakyat tempatan yang disyaki menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditangkap ketika sedang menguji bahan letupan di sebuah kawasan terpencil Gunung Nuang dekat Hulu Langat, semalam.


Difahamkan kumpulan berkenaan mahu menguji bahan letupan jenis ammonium nitrate fuel oil atau dikenali ANFO untuk perancangan melakukan serangan di beberapa kawasan strategik di seluruh negara.

Menurut sumber, anggota militan IS melakukan eksperimen terbabit selepas mempelajari cara-cara membuat bahan letupan menerusi internet.

“Ujian awal itu juga dilakukan bagi melihat keberkesanan bom me-mandang-kan mereka tidak mempunyai pengalaman ekoran tiada pakar membuat bom dalam kumpulan terbabit.

“Jika berjaya, ANFO sebanyak 40 hingga 50 kilogram boleh menghancurkan sebuah bangunan setinggi tiga hingga empat tingkat,” katanya.

Tambah sumber, kumpulan militan tersebut merancang melakukan serangan selepas dikatakan mendapat ‘mandat’ daripada pemimpin IS di Syria.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan 12 anggota militan yang ditangkap itu sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran strategik dan berkepenting-an kerajaan di sekitar Lembah Klang.

Kata beliau, kesemua mereka yang ditangkap Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas itu adalah rakyat tempatan yang berusia antara 17 hingga 41 tahun.
Katanya, tangkapan tersebut dibuat di sekitar Hulu Langat, Selangor dan Cheras semalam dan hari ini.

“Antara barang yang dirampas dalam operasi terbabit adalah bendera IS, serbuk dipercayai ammonium nitrate sebanyak lebih 20 kilogram, serbuk dipercayai potassium nitrate (20 kilogram) dan cecair kerosin (2 liter) yang digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.
“Polis juga merampas empat biji bateri 9 volt, batang paip PVC (tiga), alat kawalan jauh (dua), penimbang digital, penyukat (dua), motor penggera, pelbagai jenis wayar dan beberapa peralatan yang digunakan menghasilkan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khalid berkata, rancangan melancarkan serangan itu sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria ke atas negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.
“Selain itu, serangan berkenaan juga berbentuk tindak balas terhadap operasi penangkapan terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan IS oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” jelasnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.42rZN5h5.dpuf

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 27-4-2015 08:22 AM
Isk seram nya miabebe bc....L

Kompom miabebe xmerewang tanpa sebab lg pasni
Quote Anak_Nogori 27-4-2015 08:26 AM
miabebe replied at 27-4-2015 08:22 AM
Isk seram nya miabebe bc....L

Kompom miabebe xmerewang tanpa sebab lg pasni

dulu lagi saya dah cakap..jangan amik remeh IS ni..mereka kalau dah mula mengebom..sukar dibenteras...dan opkos kalau mereka bom bukan kat kg2..tapi bandar2 besar spt KL, Penang, JB.
Quote amon_79 27-4-2015 08:26 AM
org yg mengaku Islam tp membunuh org Islam sendri ats kepentingan ideologi extremis mmg C*ELAKA..
Quote edee_91 27-4-2015 08:26 AM
Pukimak punya sampah masyarakat.
Quote edee_91 27-4-2015 08:27 AM
Harap diorang diseksa slow2 sampai mampus saja dalam lokap.
Quote lil_honey 27-4-2015 08:28 AM
tahniah bang-bang polis dapat tangkapan awal..
Quote BigPanther 27-4-2015 08:28 AM
anfo is such a dangerous thing.
tak bahaya kalau 2-2 compund tu tak bercampur
so orang boleh bawa tanpa takut. jadi puak militan ni tak takut la nak bawa. x macam  dynamite
tapi anfo ni kuat, daya dia untuk move mass kuat berbanding say, plastic explosive
sebab tu orang guna anfo kalau nak letup kuari
Quote edee_91 27-4-2015 08:42 AM
Itu yang dapat ditangkap... Yang masih beroperasi tu???
Quote edee_91 27-4-2015 08:44 AM
Tak payah cakap banyak, kat forum ni je pun ada banyak yang berpotensi jadi ahli sampah IS.
Quote Anak_Nogori 27-4-2015 08:46 AM
dulu almaunah....pembangkang kata tu sandiwara kerajaan..IS ni bukan sandiwara kerajaan ka?..

mana tahu kerajaan nak alih isu IMDB, Brim, GST kot..
Quote FOTHER-MUCKER 27-4-2015 08:48 AM
Dapat tangkap kasi rejam sampai mati. Jangan simpan dalam penjara buat habis duit GST je.
Quote GhostWalking 27-4-2015 08:51 AM
Bodoh gila dah takde keroje ke dekk
Quote AbukRokok 27-4-2015 08:53 AM
harap yg terlibat dan ditangkap itu termasuk forumer2 baaqiyah di CI dan CG
Quote AbukRokok 27-4-2015 08:55 AM
amon_79 replied at 27-4-2015 08:26 AM
org yg mengaku Islam tp membunuh org Islam sendri ats kepentingan ideologi extremis mmg C*ELAKA..

klu kt fesbuk ayat ko ni akn dijawab secara standard ( ala program robot) shia bukan islam.
Quote d'zeck 27-4-2015 09:03 AM
kesiapsiagaan tinggi cawangan khas polis
masih boleh diharapkan

syabas PDRM
Quote taji2906 27-4-2015 09:04 AM
mana dia dapat anfo ni ek? aku rasa dikawal penjualannya...
Quote epis 27-4-2015 09:29 AM
boleh meletopkan bangunan tiga/empat tingkat??? ohhh maiiii tak selamat rasanya dah nak berjalan2 kat area Malaysia ni.... takutnya...
Quote miabebe 27-4-2015 09:37 AM
Anak_Nogori replied at 27-4-2015 08:26 AM
dulu lagi saya dah cakap..jangan amik remeh IS ni..mereka kalau dah mula mengebom..sukar dibentera ...

Haah betul tu...tobat a mia..xmo dah lepak2 kt shopping mall sume..isk..meremang bulu roma mia terbayang d bom time tgh tgk wayang kt cinema...isk na'uzubillah.. T..T
Quote gaara_X 27-4-2015 10:12 AM
ahaks!!....

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043037 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top