Tun M: Saya patut terus jadi Perdana Menteri KUALA LUMPUR - "Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Perdana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya lagi, walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk. "Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya. “Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini. Beliau dalam pada itu turut menegur segelintir masyarakat supaya jangan menyokong pemimpin yang korup. “Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri. “Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya lagi sebelum disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang memenuhi dewan.
|
naina replied at 25-4-2015 03:58 PM
Mahathir ni dulu2 waktu kecik hdup susah ke?
ke lahir dr dulang emas mcm pokjib?
bioessence replied at 25-4-2015 04:21 PM
Ye 23 tahun ko perintah, habis ekonomi malaysia tak boleh membangun. Petronas jumpa je minyak time k ...
lkick2113 replied at 25-4-2015 04:25 PM
Aku pun sependapat dengan Tun
bioessence replied at 25-4-2015 04:21 PM
Ye 23 tahun ko perintah, habis ekonomi malaysia tak boleh membangun. Petronas jumpa je minyak time k ...
"Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Per‎dana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
NeoMatrix replied at 25-4-2015 05:09 PM
Saya dulu rasa gembira bila Che Det umum nak letak jawatan....fresh start gitew...tapi apabila tengo ...
ADVERTISEMENT