CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

1 Mei Tarikh Keramat Buat Chong Wei

28-4-2015 05:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3527| Komen: 0

1 Mei Tarikh Keramat Buat Chong Wei



Tanggal 1 Mei ini merupakan hari keramat bagi Datuk Lee Chong Wei kerana tarikh itu membawa pengertian bermakna dalam hidupnya sebagai suami dan pemain badminton profesional.
Tarikh itu merupakah hari beliau bebas daripada penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping dan juga ulang tahun hari kelahiran ke-32 isterinya Datin Wong Mew Choo.

Mew Choo, yang sedang mengandung cahaya mata kedua bakal menyambut ulang tahun hari kelahirannya itu pada tarikh yang sama penggantungan Chong Wei tamat.

Pasangan yang mula berumahtangga pada 9 Nov 2012, dikurniakan seorang anak lelaki, Kingston Lee, pada 12 April 2013.

"Beliau (Mew Choo) memang stres, tapi banyak benda saya tidak cakap dengannya, hari ini bila saya dapat tahu keputusan, saya terus beritahu berita gembira ini kepadanya.

"Enam bulan ini bagaikan dua tahun yang terpaksa saya lalui. Saya berharap Institut Sukan Negara (ISN) akan mengambil lebih berat menjaga atlet kita selepas ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kes dopingnya oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di pejabatnya.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengenakan hukuman penggantungan selama lapan bulan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas yang akan berakhir pada tengah malam 30 April ini atas kesalahan menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone.

Pemain itu dikesan menggunakan bahan itu ketika ujian doping dilakukan ke atasnya pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Chong Wei berkata beliau akan membuat penampilan pertama di Piala Sudirman di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei ini, sebelum menggunakan temasya Sukan SEA Singapura pada Jun ini sebagai platfom mendapatkan kembali rentak permainannya.

"Saya akan rehat untuk tiga hari ini. Saya berharap dapat memenangi emas pertama pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun depan dan juga Kejohanan Dunia di Jakarta Ogos ini dengan bantuan jurulatih Hendrawan," katanya.

Menurut laporan panel pendengaran doping BWF, Chong Wei tidak mengambil bahan larangan tersebut dengan sengaja, tetapi ia dikhuatiri terkandung dalam supplemen tradisional yang diambil oleh Chong Wei.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal kapsul supplemen itu, Chong Wei berkata: "Sekarang saya tak boleh komen isu ini kerana baru sahaja mendapat keputusan hari ini...tak boleh fikir macam mana dulu."


sumber:www.stadiumastro.com

4

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.159800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top