Penyerang Mohd. Amri Yahyah meledakkan gol kemenangan pada minit ke-7 untuk memastikan kedudukan Johor Darul Ta'zim di puncak Kumpulan F Piala AFC dalam pertembungan dengan East Bengal FC di Stadium Salt Lakex.
JDT menurunkan Luciano Figueroa dan Amri Yahyah untuk mengetuai jentera serangan pasukan, sementara pemain import dari Singapura, Hariss Harun beroperasi dibahagian sayap kiri. JDT hanya memerlukan tujuh minit untuk memecah kebuntuan perlawanan apabila Hariss Harun meluru dari sebelah kiri untuk melorongkan bola ke arah Amri yang mudah menyudahkan umpanan tersebut. Selepas itu, perlawanan terpaksa ditangguhkan ketika perlawanan berusia 30 minit ekoran hujan lebat beserta kilat yang melanda. Kemenangan itu memberikan JDT 12 mata daripada lima perlawanan manakala East Bengal tersingkir dengan hanya empat mata daripada empat perlawanan. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT