CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M: 'Bila dah banyak duit.. mulalah lupa!'

5-5-2015 10:39 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4691| Komen: 10




KUALA LUMPUR – Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan imbuhan yang diterima membuatkan mereka yang dilantik lupa tentang amanah yang diberikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkongsi pandangannya tentang pemimpin masyarakat yang kini mudah 'dibuai' dengan faedah-faedah yang diterima sehingga alpa terhadap tanggungjawab yang diberikan.

“Mereka yang dipilih menjadi wakil rakyat bukan sahaja mendapat kuasa, malah mendapat pelbagai faedah seperti gaji yang tinggi dan kemudahan yang lengkap diberikan oleh rakyat.

"Bila rakyat sudah jadi wakil rakyat. Maka bermula lah parti politik yang berusaha mendapatan sokongan rakyat supaya mereka dapat memerintah,” katanya pada Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, apabila wakil rakyat sudah menikmati kelebihan yang diberikan, pemimpin mula melupakan dan meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

“Bila sudah dapat rumah mewah, sudah ada duit banyak, ganjaran kereta rasmi kerajaan, pangkat, harta, masing-masing lupakan apa yang dipertanggungjawabkan.

“… Maka bermulalah suara rungutan rakyat terhadap pemimpin- pemimpin seperti ini,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pemimpin sekarang lebih gemar menggunakan sentimen agama untuk memancing dan meraih undi rakyat.

“Mereka kata parti ini kafir, mereka kata parti itu bukan Islam, hakikatnya, mereka juga yang akhirnya bekerjasama dengan parti bukan Islam untuk meraih undi rakyat,” bidasnya.

2

Bagus

Marah
10

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 5-5-2015 10:04 AM
Apa la pulak atuk ni nak kelebek lagiii.
Quote guesswho09 5-5-2015 10:07 AM
Last sentence: bekerja sama dgn parti bkn islam utk meraih undi rakyat
Sapa?? BN, MIC & MCA ka???
Quote stilla 5-5-2015 10:20 AM
Baca headlines aje , memang pun ramai org kalau dah kaya kebanyak-an lupa diri.
Bak kat kacang lupakan kulit hehehe.
Quote blackred99 5-5-2015 10:24 AM
tido pun leh naik gaji, mane hidup tak senang lenang. sbb naik bukan sbb usaha sendiri. ni contoh je.
Quote gaara_X 5-5-2015 10:56 AM
nak2 deme yang baru naik.....
Quote BotakChinPeng 5-5-2015 11:33 AM
Sebelum jadi wakil rakyat lagi mereka dah kaya la
Quote mimzat 5-5-2015 01:36 PM
Maaf untuk berkata-kata - kebanyakan ahli politik sememangnya begitu, ketika meraih undi sanggup buat apa sahaja, rumah orang susah yang dicari untuk memberi bantuan tetapi bila dah diundi dan dah dapat jawatan serta pangkat hilang terus sehingga tiba masa untuk raih undi pulak baru muncul.
Quote kangkong999 5-5-2015 04:21 PM
mjla replied at 5-5-2015 10:04 AM
Apa la pulak atuk ni nak kelebek lagiii.

Melayu mudah Lupa..
Quote akificha 6-5-2015 10:12 AM
MELAYU MUDAH LUPA!!!
Quote mak_wa95 6-5-2015 10:52 AM
Tun M ni dok serang Najib byk sangat aihhh...

cuba la alih2 ajar anak dia tu sikit.........
tgk kedah yang sekangkang kera tu..
tgk jalanraya yang mcm naik kete kuda laayaknya......

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082309 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top