Telefon Ubuntu Yang Boleh Digunakan Sebagai Desktop Penuh Akan Hadir Pada Tahun 2015 Ini Microsoft tempoh hari telah memperlihatkan sokongan Continuum untuk Windows 10, membolehkan para pengguna telefon pintar Windows 10 (yang terpilih) ntuk mengubah ia kepada desktop penuh apabila dihubungkan ke skrin monitor. Seperti semua sedia maklum, beberapa konsep untuknya telah dipertontonkan sebelum daripada pengumuman Microsoft sendiri, termasuk yang hampir merealisasikan pada peringkat komersial sebelum ini adalah pihak Ubuntu.
Melalui telefon pintar Ubuntu kelak, pengguna boleh menghubungkan ia terus ke skrin besar – berkemungkinan menggunakan dock khusus, dan seterusnya menggunakan ia sebagai sebuah komputer Ubuntu seperti biasa. Canonical pernah mempertontonkan fungsi ini lebih kurang 3 tahun yang lepas, selain turut pernah cuba mengumpulkan dana untuk peranti dinamakan Ubuntu Edge. Namun, pengumpulan dana berkenaan gagal mencapai sasaran menjadikan projek tersebut terpaksa dibatalkan. Kini, selang beberapa tahun, Canonical ingin menjayakannya kembali, dan bersama-sama dengan pengumuman nama baru Ubuntu, Mark Shuttleworth turut mengatakan telefon Ubuntu yang boleh diubah kepada komputer akan hadir pada tahun ini. Siapakah rakan kerjasama mereka masih tidak diketahui lagi. Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan telefon yang boleh diubah kepada komputer ini jika ia menjalankan Ubuntu, atau lebih menantikan hasil daripada pihak Microsoft? kredit:www.amanz.my |
ADVERTISEMENT