Nahas helikopter sekali lagi berlaku ! Kali ini Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh. Helikopter jenis MI -11 yang membawa 11 tetamu kehormat asing dan enam warga Pakistan terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan.
Dilaporkan terdapat murid-murid di dalam sekolah berkenaan ketika kejadian. Menurut laporan rasmi pihak berkuasa tentera, isteri duta Indonesia, duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr dan dua orang juruterbang tentera turut sama berada di dalam helikopter berkenaan. Jurucakap Tentera Pakistan Asim Bajwa menerusi laman Twitternya mengesahkan kejadian nahas tersebut. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, helikopter berkenaan dikatakan merempuh bangunan sekolah ketika melakukan pendaratan cemas. Bagaimanapun, punca nahas masih belum diketahui. Difahamkan Wisma Putra masih cuba mendapatkan pengesahan. Habibah, isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dilaporkan dalam perjalanan untuk menghadiri pelancaran projek pelancongan di wilayah bergolak Kashmir. Ketika itu, mereka dipercayai menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan di kawasan berkenaan. - Cari Infonet |
5
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 replied at 8-5-2015 05:31 PM
Dari Al-Jazeera
juliez replied at 8-5-2015 05:41 PM
Katanya kena shot down?
kelapaparut replied at 8-5-2015 07:06 PM
Shotdown dgn taliban ke.. Pasti berita duka utk indonesia n msia
ADVERTISEMENT