CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

BULETIN LOKAL ISUZU Isuzu MU-X bakal dilancarkan pada 4 Jun ini

12-5-2015 05:05 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3664| Komen: 0


Isuzu MU-X bakal dilancarkan pada 4 Jun ini – Harga pengenalan antara RM152k – RM165k




Isuzu Malaysia Sdn Bhd petang ini telah mengumumkan model SUV tujuh-tempat duduk, Isuzu MU-X, bakal dilancarkan pada 4 Jun ini dan bagi turut meraikan ulang tahun ke-10 kehadiran Isuzu D-Max di Malaysia.


Malah lebih kurang tiga minggu sebelum pelancarannya, Isuzu telah membawa sekumpulan media permotoran tempatan untuk memandu uji MU-X ini dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highland pada hari ini hingga esok. Infokereta.com akan membawakan ulasan pandu uji SUV ini tidak lama lagi.


Sementara menantikan ulasan tersebut, Infokereta.com akan bercerita serba sedikit mengenai MU-X ini, di mana informasi mengenainya telah pun dirungkaikan oleh pihak Isuzu Malaysia sendiri dalam sidang media yang berlangsung di Cameron Highland Resort sebentar tadi.


Pastinya ramai yang ingin mengetahui harga yang bakal ditawarkan. Isuzu Malaysia telah mengumumkan harga pengenalan (termasuk GST + insurans) bagi varian MU-X 2.5L 4×2 (AT) adalah RM151,944.56. Manakala bagi varian MU-X 2.5L 4×4 pula ialah RM164,969.84.


Di mana tempahan untuk model MU-X ini telah pun dibuka dan penghantarannya akan bermula pada akhir Mei ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida, harga yang diumumkan ini merupakan harga pengenalan iaitu efektif mulai hari ini. Walau bagaimana pun, harga tersebut akan berubah dan mungkin akan ada peningkatan selepas Julai ini. Namun pihak Isuzu Malaysia enggan mengulas lebih lanjut mengenai harga tersebut.


Isuzu MU-X ini dijanakan oleh enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 320 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.


Ia turut dilengkapi dengan kotak gear automatik lima-kelajuan bersama mod manual. Malah MU-X turut mengaplikasikan D-Max’s Terrain Command 4WD yang membenarkan pemandu menukar antara operasi 4×2 dan 4×4 pada kelajuan 100 km/j.


Antara elemen standard yang ada pada kedua-dua varian ialah lampu utama projektor, lampu kabus, rel bumbung, beg udara berkembar, ABS, EBD, BA, ESC dan kawalan cengkaman.


Manakala bagi bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan corong udara bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, Isofix pada tempat duduk barisan kedua, roda stereng balutan kulit dengan kawalan audio dan bebas tangan serta tempat duduk balutan kulit (dengan pelarasan enam-cara secara automatik bagi tempat duduk pemandu).








Namun kelebihan buat varian 4×4 apabila ia turut dilengkapi dengan elemen tambahan termasuk rim aloi bersaiz 17-inci (16-inci bagi 4×2), lampu nyalaan siang LED, spoilerbelakang dan kekemasan paip ekzos. Untuk kabinnya pula, ia turut dipadankan dengan kawalan kelajuan, penghawa dingin auto (4×2 hanya manual), Terrain Command 4WD, kotak kargo dan penutup muatan pada bahagian kargo.


Bagi varian 4×2, ia turut dilengkapi dengan sistem audio 2-DIN dengan CD, USB, Bluetooth dan enam pembesar suara. Manakala varian 4×4 pula tampil dengan skrin sesentuh Blaupunkt bagi fungsi DVD, MirrorLink, WiFi, navigasi dan kamera undur. Malah varian varian 4×4 juga ditampilkan dengan monitor bagi penumpang belakang dan pengesan undur empat-sel (hanya dua-sel untuk 4×2).


Model yang diimport sepenuhnya dari Thailand (CBU), pembelian MU-X ini turut didatangkan dengan waranti tiga tahun atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).


kredit:www.infokereta.com


16

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.027201 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top