|
Oleh : Dean BZ David Mckienzie atau nama Islamnya Mohd Daud Mckienzie sah bergelar suami kepada Lana Nordin dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah penuh bersejarah itu diadakan di Hotel Place of The Golden Horses, Seri Kembangan. Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin menerima mas kahwin sebanyak USD10000 atau RM 32.000 serta dulang hantaran lima berbalas tujuh. David, 35 merupakan seorang atlet bola tampar Amerika Syarikat (AS) manakala Lana Nordin, 35 merupakan pelakon yang pernah mendapat jolokan sebagai “Pamela Anderson Malaysia”. CARI mendoakan semoga perkahwinan mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel. Tahniah dan selamat pengantin baru - CARI Infonet. Gambar ketika malam berinai :
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.121858 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.