Datuk Seri Najib Razak berkata dasar transformasi yang dilaksanakannya sepanjang 6 tahun lalu sudah mula menampakkan impak ke atas kehidupan rakyat, dan BN akan berjaya sekiranya beliau mendapat sokongan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mei, 2015. Datuk Seri Najib Razak berkata dasar transformasi yang dilaksanakannya sepanjang 6 tahun lalu sudah mula menampakkan impak ke atas kehidupan rakyat, dan BN akan berjaya sekiranya beliau mendapat sokongan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mei, 2015. Barisan Nasional (BN) berupaya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya ia tidak berbalah sesama sendiri dan sokongan penuh diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata perdana menteri, menjawab desakan supaya beliau berundur. Katanya, dasar transformasi yang dilaksanakannya sepanjang 6 tahun lalu sudah mula menampakkan impak ke atas kehidupan rakyat, dan sekiranya beliau yang merupakan pengerusi BN mendapat sokongan yang diperlukan, parti itu "akan berjaya". "Kalau saya dapat sokongan yang saya perlukan untuk meneruskan program transformasi, kita akan berjaya. Kalau kita bersatu, hentikan perselisihan dalaman, kita akan berjaya. "Kalau kita tumpukan kepada politik yang membina, bukannya yang menghancurkan, kita akan berjaya. "Kalau kita tumpukan kepada kerja, bukannya mempercayai dan menyebarkan khabar angin, putar belit dan cerita yang separuh benar, kita akan berjaya," tulisnya dalam blognya www.najibrazak.com hari ini. – 17 Mei, 2015.
|
ADVERTISEMENT