Berita baik untuk anda yang ingin membeli mana-mana model keluaran Ford. Terkini, Ford menawarkan promosi istimewa di semua pengedar Ford di seluruh negara sehingga Jun 2015 sempena meraikan sambutan tahunan Bulan Warisan Ford di Malaysia. Di mana pelanggan yang membeli mana-mana varian Focus akan menerima rebat tunai sebanyak RM10,000. Bagiyang membeli mana-mana varian EcoSport dan Fiesta pula bakal menerima rebat tunai sehingga RM8,000. “Sejak kenderaan Ford mula diedarkan di Malaysia pada tahun 1909, aspek kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Jadi, Bulan Warisan ini bertujuan memberi ganjaran kepada para pelanggan dan mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga Ford,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman. Mulai hari ini sehingga 15 Julai, pelanggan yang membeli mana-mana model Ford juga akan menerima topi dan payung Warisan Ford. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli varian Focus, EcoSport, Fiesta, Fiesta ST, Mondeo, S-Max atau Kuga akan menerima beg sukan Ford ST. Manakala pelanggan yang membeli Ranger pula akan menerima seutas jam tangan G-Shock Ranger edisi terhad. Promosi Bulan Warisan yang digabungkan dengan Pelan Servis Lanjutan Ford menjadikan sekarang adalah masa terbaik untuk membeli sebuah kenderaan Ford. Ditawarkan kepada semua kenderaan penumpang, Ford ESP merupakan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang direka untuk memberi ketenangan minda serta memudahkan aspek pemiilikan pelanggan tanpa sebarang kos tambahan. Selain daripada promosi jualan ini, promosi selepas jualan Ford menawarkan pemeriksaan multi poin oleh juruteknik bertauliah Ford secara percuma. Diskaun sebanyak 15 peratus ke atas minyak enjin Motorcraft, Castrol dan penapis minyak turut diberikan. Sah sepanjang bulan Jun, promosi ini melibatkan semua model Ford. sumber:www.infokereta.com
|
ADVERTISEMENT