CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Simbah Air Kepada Perokok, Adakah Wajar Dilakukan?

19-5-2015 04:14 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 2960| Komen: 8


Oleh : CMF reporter1
Artikel diterbitkan : 19 Mei 2015

Bersempena Hari Tanpa Rokok Sedunia pada 31hb Mei ini, baru-baru ini di laman sosial YouTube terdapat sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bertindak menyimbah air ke atas mana-mana individu yang ditemuinya sedang merokok di merata tempat sekitar Singapura. 

Walaupun tujuan asal adalah untuk menyebarkan mesej "Jangan Merokok", akan tetapi tindakan yang dikatakan agak keterlaluan ini telah mendapat respon yang amat berbeza pendapat di kalangan pengamal internet. 


Dalam video berdurasi 4 minit itu, kelihatan lelaki tersebut bertindak menyimbah air ke atas mereka yang merokok termasuk orang dewasa, orang muda dan juga perempuan, akibatnya lelaki berkenaan dimaki hamun dan dikejar oleh mereka yang terkena simbahan air.  


Dalam salah satu babak sekitar 1 minit 35 saat, lelaki tersebut dilihat bertindak agak dramatik dengan menendang seorang perokok lelaki ke dalam kolam renang, ramai orang tersentak dengan perbuatannya ! 

Manakala di babak terakhir pula, lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan bertindak 'tuang ais' di atas kepala seorang warga tua yang sedang merokok.

Di laman sosial, meskipun ada segelintir orang memberi pujian bahawa tindakan lelaki berkenaan agak kraetif dan menarik, tapi ramai lagi yang mengecam tindakannya. 

Ada yang mengatakan adalah lebih wajar kita menggunakan cara yang lebih elok dalam usaha menasihat orang ramai berhenti merokok.  

Dengan cara menyimbah air sesuka hati bukan sahaja boleh disifatkan sebagai tindakan yang kurang ajar dan tidak rasional, malah langsung tidak dapat mencapai tujuan menyebarkan mesej "Jangan Merokok" kepada orang ramai. 

Ada juga yang berpendapat, sekiranya orang yang ditendang ke dalam kolam renang itu tidak tahu berenang, nyawa individu tersebut mungkin terancam dan mungkin boleh menyebabkan orang itu terbunuh. 

Selain itu, ada juga yang membuat laporan polis supaya pihak polis dapat campur tangan dan menyiasat penerbit video tersebut. 


Akan tetapi, Merlion TV selaku penerbit video berkenaan tidak ambil perduli pun reaksi pengguna laman sosial, bahkan pihaknya berkeras akan terus menerbitkan video yang berbentuk sedemikian tanpa menghirau samada pengguna laman sosial bersetuju atau tidak.   

Malah mereka turut rasa tergelak dan tak kisah apabila mendapat tahu ada sesetengah orang membuat laporan polis berhubung terbitan video tersebut. 

Berdasarkan statistik kajian mengenai perokok dewasa di seluruh dunia tahun 2011,  23.1 % daripada 4.7 million perokok di negara kita merupakan orang dewasa, malahan peringkat usia perokok turut kelihatan semakin muda. 

Dalam usaha mengurangkan bilangan perokok, pelbagai cara telah diusahakan oleh kerajaan kita, antaranya mengadakan kempen "Tak Nak Rokok" dengan kos perbelanjaan sebanyak RM10 juta, 
dan cetak gambar anggota-anggota manusia yang telah binasa akibat merokok pada kotak rokok. CARI INFONET




15

Bagus
9

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 13-1-2017 09:32 PM
Memang tak suka asap rokok.  Tapi ada cara lain kot dari simbah2 air ni. Boleh jer kalu u nak, tp sanggup ke dibelasah nanti? Jangan nanti yg menyimbah air ni plak meroyan depan balai polis
Quote manjalara_01 20-5-2015 02:21 PM
puanlina: hahaha... yang dia duk pus pus asap rokok dia dan kita kadang2 tak boleh elak dan terhidu tu boleh pulak ye tak ? apa dia ingat kita happy ke 'hisap r ...
smokers (dlm video) tu semua...duk sorg2...smoking....
at same time mungkin halau nyamuk....bukannye hisap rokok dlm bas ke dlm restoran..ke depan idung die..

org mcm ni mmg spesis PITA....
xde maknanya..buat upload video mcm ni konon2...niat "baik"..nak org stop smoking...

manja pun non-smoker...but p ...
Quote wnwa05 20-5-2015 11:05 AM
diam lah!!! bukan hisap pakai duit gaji ko pun
Quote puanlina 20-5-2015 10:12 AM
hahaha... yang dia duk pus pus asap rokok dia dan kita kadang2 tak boleh elak dan terhidu tu boleh pulak ye tak ?
apa dia ingat kita happy ke 'hisap rokok' dengan dia sekali ? so boleh terima tak kalau kena simbah air ? tak suka kan... ha org lain pun tak suka dengan asap rokok tu... apa lah sangat dengan hp berbanding nyawa org sekeliling yang kena hidu racun dari mulut perokok.. even org yg hidu asap rokok lebih teruk risiko dr perokok itu sendiri. jadi fair and square heheheeeheheh
Quote AbukRokok 20-5-2015 08:21 AM
saya akan bawa usul ke majlis keselamatan pbb
Quote mayaBB 20-5-2015 12:04 AM
Memang patut simbah ng air.. yes sokong air taik.. apsal kiteorg kne org merokok lepaska asap mcm tu je.. asap sebbkan bnyk penyakit.. dgn cancer nye..dgn lelahnye.. dgn sakit paru2nya.. ni baru simbah air... xde hal pun.. xdpt penyakit jantung berlubang pun kene siram air.. setakat dpt marah tu?? ADO AKU KESAH. Puiii bnyak2
Quote clarizsa 19-5-2015 07:24 PM
Bagusla... mmg ptut pun ... ptut simbah air taik lg bagus.. isap rokok sesuka ati sebar asap toxic kt org lain.. bru kna simbah air pn dh kalut.. puih
Quote boyagombak 19-5-2015 06:41 PM
Penerbit Filem tersebut lagi bodoh dan bangang dari perokok

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.024201 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top