CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biskut Ganja DiFacebook Khayalkan Budak Sekolah!

20-5-2015 09:55 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13448| Komen: 50


Pelajar berkenaan membeli dua balang biskut dicampur ganja dari satu kumpulan di Facebook. Semua transaksi dibuat melalui laman media sosial. - Foto PDRM



LABUAN, 15 Mei: Seorang pelajar kolej yang ditangkap ibu sendiri ketika khayal, ‘membantu’ polis di sini membongkar modus operandi terbaru yang digunakan penjual dadah. Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, pelajar berusia 20 tahun itu khayal dan berhalusinasi selepas mengambil biskut seperti biskut ‘chipsmore’ yang mengandungi dadah.


Adzhar mendedahkan ini pertama kali mereka mendapat kes begitu dan berkata pelajar itu ditangkap pada 17 Mei lalu kira-kira jam 3 petang apabila ibunya menelefon dan merungut anaknya berkelakuan ganjil selepas memakan biskut itu.

“Selepas menguji biskut berkenaan, didapati ia positif THC atau lebih dikenali sebagai ganja,” kata Adzhar.


Katanya pelajar itu mengaku membeli dua balang biskut berganja atau dikenali sebagai ‘Biskut Raksasa’ dari kumpulan di Facebook dengan harga RM120.

“Dia mendakwa siapa yang menyelenggara kumpulan Facebook itu atau memberi nombor telefon mereka. Semua transaksi dilakukan menggunakan media sosial,” kata Adzhar.

Katanya lagi, pelajar itu merupaka pengguna dadah pasif sejak tiga tahun lalu dan menyalahkan tekanan rakan sebaya lalu mula menghisap ganja.

“Pelajar itu kemudian menemui kumpulan Facebook dan mula berkomunikasi dengan pentadbir kumpulan itu melalui mesej di Facebook,” kata Adzhar.

Dipercayai bahawa selain daripada biskut, kumpulan itu turut menjual gula-gula dan coklat mengandungi dadah.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Kimia yang melakukan ujian ke atas sampel biskut berkenaan.



Sumber : therakyatpost

9

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 20-5-2015 08:35 AM
Selamatlah mak ko prihatin..
Quote harkktuih 20-5-2015 08:35 AM
adehh..macam ni pun ada..
Quote chinta89 20-5-2015 08:36 AM
ayoooo.. ini macam pun ada ka??
Quote mdhelmi 20-5-2015 08:37 AM
pandai jugak guna biskut
tp kepandaian tu digunakan jalan yg salah
Quote cap_ayam 20-5-2015 08:39 AM
Nampak sedap, tapi harga overpriced. Oh.. Ada ganja eh?
Quote jengkoil 20-5-2015 08:40 AM
Pelajar kolej..abam syak emang purposely ngoderin sekut weed tersubut...

baidewai...dap tak rase sekut tersubut?
Quote CrowneGlory 20-5-2015 08:41 AM
Maju setapak lg pembuat biskut di media sosial..dh kecoh mcm ni mesti ramai yg tiru... Sampai ke biskut pun mak bapak kena pantau... Ingat umur2 masuk kolej dh boleh fikir tp ttp lembab gak..
Quote katak hijau 20-5-2015 08:42 AM
Byk duit budak tu ek?
Quote Azora 20-5-2015 08:42 AM
Peghhh!!makin bijak orang 2 malaysia ni berniaga.kepala otak boleh buat batu cincin..bergeliga betul..
Quote reddots 20-5-2015 08:45 AM
laaa. dah menular ke? rasanya bulan april lepas modus operandi jual biskut campur dadah ni baru terbongkar kat indon sana...
Quote ridz09 20-5-2015 08:48 AM
Aiyooo...macam2 hal
Quote reddots 20-5-2015 08:49 AM
ops sorry..bukan biskut.. tp brownies..

Brownies Ganja, Modus Baru Peredaran Narkoba

Selasa, 14 April 2015 | 06:20 WIB




TEMPO.CO, Jakarta - Badan Narkotika Nasional membongkar modus baru peredaran narkoba yang dilakukan sindikat yang beranggotakan lima orang. Kelompok ini mengedarkan ganja yang dicampur dalam adonan cokelat dan brownies.

Jajanan mengandung ganja itu lantas dikemas dalam kotak kecil seukuran kemasan kue. Tiap kotak berisi 20 butir cokelat atau potongan brownies. "Sekotak dijual dengan harga Rp 200 ribu," kata Deputi Pemberantasan BNN Deddy Fauzi Elhakim di Cawang, Senin, 13 April 2015.

Deddy menambahkan, sindikat tersebut memasarkan jajanan yang mengandung ganja itu lewat situs Internet, www.tokohemp.com. Pembeli, menurut dia, bakal menghubungi sindikat tersebut untuk memesan via telepon atau pesan pendek. "Bisnis tersebut sudah dijalankan sejak enam bulan lalu. Mereka mengambil ganja dari Jambi," ujar Deddy.

Adapun target konsumen jaringan ini adalah pelajar, mahasiswa, dan pecandu ganja di kota-kota besar, seperti Jakarta, Surabaya, dan Bandung. Konsumen brownies ganja, menurut Deddy, ialah mereka yang sudah mengetahui kandungan jajanan tersebut.

Terbongkarnya sindikat ini berawal dari kejadian yang menimpa seorang anak, yang tak kunjung bangun dari tidurnya setelah mengkonsumsi brownies ganja. Deddy menyebutkan anak itu tak bangun-bangun akibat efek depresan ganja. Keanehan ini lantas dilaporkan ke polisi dan menjadi petunjuk BNN untuk membongkar sindikat produsen brownies ganja tersebut.

Berbekal informasi tempat pembelian brownies itu, BNN meringkus dua orang berinisial OJ, 21 tahun, dan AH, 21 tahun, di Blok M Plaza, Jakarta Selatan, pada Jumat, 10 April 2015. Kemudian IR, 38 tahun, YG, 23 tahun, dan HA, 37 tahun, ditangkap tak jauh dari lokasi penggerebekan pertama. "IR yang berperan sebagai ketua sindikat ini," kata Deddy. “Sedangkan YG berperan sebagai juru masak serta HA sebagai penjaga toko di Blok M Plaza lantai 1.”
Quote iza_yuss 20-5-2015 08:50 AM
penah tgk cite apa ntah... yg drew barrymore berlakon, never bwwn kissed ke apa.... yg dia makan kek cekelat letak dadah.... terus high....

x sangka aku, kat sini ada jual2 sekut plak letak ganja.... huhu

Quote aTiKah_aYuNi 20-5-2015 08:55 AM
ko salah pilih kawan, lg nk salahkan kwn.......
Quote budakmanentah 20-5-2015 09:06 AM
adoiii raya nak dekat ni...jgn pulak dorg buat gile jual sbg sekut raya...mujur mahal...nk beli kena pkir 2-3 kali...kalau murah jenuh dok pakat beli ramai2...lps mkn terus high
Quote DayangKirana 20-5-2015 09:08 AM
waa..dah semaju ummah kokesen yer..
dah pandai meniaga space cookies... hebak2...

iols percaya, news article published ni pun some sort of marketing for this product..
lepas ni ramai la yang dok search kat fesbuk n insta...
Quote Vellfire 20-5-2015 09:09 AM
huhu mcm ni pun ada?
Quote gaara_X 20-5-2015 09:25 AM
ganja laa pulak....hadoi.....sure tak kena GST nie...
Quote Esmiria 20-5-2015 09:30 AM
blh wat cerpen ni.hmm

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.148815 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top