'Mengarut diam hingga selesai siasat 1MDB' Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membela 1MDB sama seperti memberitahu orang ramai supaya berdiam diri ketika berdepan rompakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir berkata demikian ketika merujuk gesaan supaya 1MDB tidak dihakimi melalui pandangan awam sehingga Jabatan Audit Negara selesai menyiasatnya. “Minta orang ramai tidak tanya sebarang soalan sehingga laporan ketua audit negara adalah mengarut. “Ia seperti lihat seseorang merompak dan orang ramai harus tunggu sehingga pendengaran mahkamah selesai barulah bercakap mengenainya,” katanya dalam blog beliau hari ini. 1MDB semalam meminta semua pihak menghormati proses semakan semula yang diketuai Ketua Audit Negara, seperti diarah oleh kabinet, serta menunggu hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bermula hari ini. Syarikat pembangunan strategik itu juga dilaporkan sebagai berkata 'perbicaraan menerusi media' tidak memberi faedah kepada mereka yang benar-benar inginkan kebenaran.
|
8
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lostnfaun replied at 19-5-2015 08:46 PM
Sementara nk tunggu Audit tue takkn 1 benda pun Najib, BOD, Ceo tak bole jwp... Pelik bebenor
ResellerMaxis replied at 19-5-2015 09:19 PM
yang lagi pelik..berbagai badan dah audit katanya..dari tahun 2009..setiap tahun ada auditor..kpmg ...
lostnfaun replied at 19-5-2015 09:31 PM
Ramai audit konon nk tnjk mmg 1MDB takde hal apa2 kot.. tp report audit semua firm tue tak ditunju ...
kelapaparut replied at 19-5-2015 09:47 PM
Mahathir rompak2 pun pandai dia cover balik,rakyat xjd marah..najib rompak2 xpandai, mase tu merompa ...
ResellerMaxis replied at 19-5-2015 09:44 PM
balik-balik dengan modal..kalau x ok..auditor xkan sign..tapi mana report yang mereka sign xder ma ...
lostnfaun replied at 19-5-2015 10:07 PM
Tue la psl...tp mslhnya lojik akal kita tak sama dgn lojik akal ahli umno...
Orix replied at 19-5-2015 09:13 PM
kembung dah perut aku kunyah popcorn
ADVERTISEMENT