CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Skuad bola jaring azam ulangi detik bersejarah

20-5-2015 02:30 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1164| Komen: 0



SKUAD bola jaring negara ke Sukan Sea ke-28 di Singapura bulan depan berazam mengulangi detik gemilang memenangi pingat emas seperti pertama kali acara berkenaan dipertandingkan dalam temasya itu pada 2001.

Pengurus pasukan, Zainoor Md Noh berkata, setelah enam kali penganjuran Sukan Sea acara bola jaring tidak dipertandingkan, beliau berharap acara berkenaan akan diteruskan bermula pada penganjuran kali ini.

"Kita mahu mengulang sejarah raih pingat emas seperti pada 2001 tapi para pemain kena bekerja keras sedikit untuk menundukkan pasukan tuan rumah. Saya lihat Singapura menjadi pesaing utama sekarang.

"Kedudukan ranking mereka di Asia memang tertinggi, diikuti Sri Lanka dan Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) pada 20 Disember 2014, Malaysia berada di tangga ke-23 manakala pencabar terdekat Singapura di tangga ke-17.

Zainoor berkata, pemainnya kini sedang menjalani latihan akhir di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan bermula pada Jumaat lepas hingga 27 Mei ini, sebagai persediaan sebelum berlepas ke Singapura.

"Sehingga kini, saya lihat mereka (pemain) sudah bertambah yakin selepas beberapa kejohanan dan pendedahan yang diberikan oleh jurulatih Aminah Ashaari
dan Huslina Mohd Hussin," katanya.

Selain Malaysia dan tuan rumah Singapura, pasukan bola jaring dari Thailand, Brunei, Filipina dan Myanmar turut menyertai acara tersebut pada temasya dwitahunan itu.

Sebagai rekod, kali pertama dan terakhir acara bola jaring dipertandingkan pada Sukan Sea ialah di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan pasukan negara menjuarai acara itu.

Skuad negara juga pernah meraih pingat emas Kejohanan Asia pada 1985 dan pingat perak pada edisi 1990, 1997 dan 2005 dalam kejohanan yang turut disertai Sri Lanka, Singapura, Brunei, India, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Jepun dan Myanmar.

Skuad remaja pula merupakan Juara Remaja Asia lima kali berturut-turut sejak gelaran diraih pertama kali di Sri Lanka pada 2004, 2006 dan 2010 di India, 2008 di Hong Kong dan 2013 di Brunei.  - Bernama

1

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.102562 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top