CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Rommi: 'Saya lantang bersebab'

20-5-2015 02:31 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2172| Komen: 0



SEBUT saja nama Rommi Suhendra Norsal, siapa yang tidak kenal dengan bekas tekong kebangsaan 1998 yang menyertai skuad elit ke Sukan Asia Bangkok, Thailand.

Memiliki kelebihan servis kuda ketika itu, kelibatnya yang bergandingan dengan Suhaimi Yusof (pengumpan) dan Zabidi Sharif (pelibas) nyata menggerunkan lawan.

Kini walaupun selepas bergelar bekas pemain kebangsaan, bisanya masih tidak pudar apabila lantang mendesak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) melakukan perubahan drastik termasuklah perubahan kepimpinan.


Bakat mula dikesan

Mula serius membabitkan diri dengan sukan tradisi ini pada 1989 apabila mewakili Negeri Sembilan Bawah 12 Tahun Ke Kejohanan MSSM sehingga 1990. Setahun kemudian Rommi terpilih mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 15 Tahun sehingga 1993.

Bakat pemain kelahiran Negeri Sembilan ini terus digilap ketika berusia 16 tahun apabila diberi kepercayaan mewakili negeri kelahiran ke Sukma Perak dan Kejohanan MSSM Bawah 18 Tahun.

Pada 1994, Rommi yang beraksi selaku tekong di pilih mewakili negara di Kejohanan Sepak Takraw Sekolah- Sekolah Asean di Filipina di mana kejuaraan menjadi milik negara.


Kelebihan servis kuda

Bakat dimiliki Rommi terus ditagih apabila empat tahun kemudian mewakili negara dalam skuad elit berdasarkan kelebihan memiliki servis kuda yang dikuasainya pada 1997 di Kejohanan Terbuka Amanah Saham Johor (ASJ) ketika mewakili Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) bersama Suhaimi Yusof (apit kiri) dan Saiful Bahari (apit kanan).

Pemilihannya bersama skuad elit pada 1998 untuk persiapan ke Sukan Asia Bangkok, Thailand juga dianggap sebagai pemain paling muda ketika itu dan pasukan kebangsaan telah menjadi juara buat kali pertama di Kejohanan Terbuka EGAT iaitu kejohanan yang dianjurkan Thailand.


Lantang kerana sayang

Mengulas kelantangannya membidas PSM, Rommi anggap ia sebagai pelindung dan benteng untuk skuad muda yang bermain dengan skuad kebangsaan.

"Saya banyak menyalahkan PSM kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai persatuan sukan dengan cemerlang.

"Ketiadaan kejohanan yang berprestij, pemain kita yang ada sekarang akan kurang pendedahan dan tidak mampu untuk menilai persembahan mereka.

"Sebagai contoh tahun ini, apa PSM buat, banyak kejohanan ditangguhkan walaupun kita bakal berdepan dengan Sukan Sea di Singapura Jun nanti.

"Adakah tidak cukup tempat atau tenaga pengajar di Malaysia," jelasnya yang juga Presiden Kelab Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepak Takraw Malaysia.


sumber:www.sinarharian

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.052378 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top