Bahan-Bahan: 600 gm ketam 2.5 cm halia 1 biji kelapa (sedikit diambil untuk digiling) 1 bungkus rempah gulai daging 1 batang serai 1 sudu besar minyak Garam secukup rasa Cara: Ambil 2 sudu besar kelapa dan giling sehingga lumat. Tumbuk serai. Hiris halia halus-halus. Jerang periuk dan tumiskan rempah bersama kelapa yang digiling. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan. Masukkan ketam, serai, halia dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.
|
ADVERTISEMENT