Memasuki usia 42 tahun Rozita Che Wan memang tidak dinafikan masih kekal cantik dan ianya menjadi dambaan ramai untuk kekal cantik di usia seperti itu. Keanggunan Rozita Che Wan turut diperakui ramai apabila menjadi duta kepada enam jenama kecantikan sekali gus. Ramai wanita di luar sana pastinya tertanya tanya apakah rahsia Rozita Che Wan nampak kekal muda dan kembali langsing selepas melahirkan anak pertamanya bersama Zain Saidin baru baru ini — dalam masa singkat enam bulan sahaja. “Siapa kata, wanita kalau dah masuk 40 tahun, dah tak cantik dan tak perlu jaga kecantikan. Persepsi yang macam itulah yang menyebabkan ada wanita yang lari menyorok bawah katil sebab rasa dirinya dah tak cantik,” ujar Che Ta kepada Mangga Online. Che Ta turut berkata pelantikan beliau sebagai duta produk kecantikan adalah bukti yang wanita masih mampu kekal cantik di usia 40-an dan turut berpesan untuk tidak mengabaikan penjagaan diri walaupun sudah berusia. “Perlantikan kita sebagai duta produk Rysya ini diharap dapat ‘membuka mata’ sesetengah wanita terutamanya yang berusia 40-an bahawa dalam usia 40 ke atas juga masih boleh kelihatan cantik” “Janganlah abaikan penjagaan kecantikan sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun sudah tak ada,” tambahnya lagi. Baiklah Che Ta, kami ikut. Eh. http://www.rotikaya.com/che-ta-tegur-wanita-abaikan-kecantikan/
|
liyanur replied at 20-5-2015 05:41 PM
apa motif dia pakai tudung sbnrnya....
mongoose_kidz replied at 20-5-2015 05:58 PM
btw pelik aku artis yg jd duta skincare bertukar2 ni..
nmpak sgt xde brand loyalty
sekejap brand t ...
ADVERTISEMENT