CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kain 'scuba' jadi baju kurung, Eggie Azman sedia terima kritikan

21-5-2015 10:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13621| Komen: 26


                                                                         
Pendatang baru dalam dunia seni fesyen tempatan, Eggie Azman mencabar dirinya dengan mempertaruhkan rekaan baju kurung untuk koleksi raya dengan menggunakan fabric -Neoprene-. - Gambar Astro AWANI / SHARKAWI SALEHUDDIN

           

KUALA LUMPUR: Pendatang baru dalam dunia seni fesyen tempatan, Eggie Azman mencabar dirinya dengan mempertaruhkan rekaan baju kurung untuk koleksi raya dengan menggunakan fabric “Neoprene”.

Neoprenre yang lebih dikenali sebagai "scuba" dalam dunia tekstil dan sering digunakan dalam pakaian sukan menjadi bahan uji Eggie yang menjadikan rekaan jaket varsiti dan jersi jenama sukan seperti Adidas dan Nike sebagai inspirasi.

“Sejak zaman belajar lagi, sebagai pelajar fesyen memang kami belajar untuk berani dan mencabar diri mencuba sesuatu yang baru.

“Kerana itu saya mencabar diri saya juga untuk tengok orang suka atau tidak koleksi saya,” ujar Eggie yang ditemui selepas peragaan pertamanya, Koleksi Musim Raya dan Spring/Summer 2015 di ibu negara pada Isnin.

Graduan Kolej Central Saint Martins, London ini menyifatkan percubaan tersebut sebagai proses kreatif dan inovasi artistik falsafah rekaannya agar tampak baru, berani dan sukar dilupakan.

“Sekarang pun dah ramai sangat orang berfesyen pakai blazer tengah panas pun, jadi tahun ini saya ingin cuba sesuatu yang baru.

“Saya rasa koleksi saya sesuai dipakai untuk pelbagai acara dan juga tempat sejuk, bukan hanya masa raya,” tambahnya.

Ditanya mengenai rekaan moden terhadap baju kurung dan baju Melayu yang menerima komen negatif netizen, beliau berkata: “Setiap pereka ada karakter dan keberanian tersendiri.



Eggie Azman bersama peragaan pertamanya, ketika pertujukan fesyen Koleksi Musim Raya dan Spring/Summer 2015 di ibu negara pada Isnin. - Foto Astro AWANI / SHARKAWI SALEHUDDIN



“Seperti saya orang baharu, saya kena teroka dan kena buat sesuatu supaya orang ingat rekaan saya.”

Koleksi Koleksi Musim Raya dan Spring/Summer 2015 Eggie Azman dijual pada harga RM380 hingga RM500. Ia boleh didapati di butiknya yang terletak di Plaza Damas 3, Jalan Sri Hartamas1, Kuala Lumpur



10

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 21-5-2015 08:37 AM
xmelekat ke baju tu dibody...?
boleh nampak segala bonjolan yg ada...
Quote tightcherry 21-5-2015 08:39 AM
Sape nak beli..beli la.. But not for me
Quote ellZack 21-5-2015 08:39 AM
sama je pun uols kalau pakai kain baju kurung biasa tu..
melekat jua di badan..
Quote kejoraria 21-5-2015 08:42 AM
tak menarik langsung
Quote gaara_X 21-5-2015 08:47 AM
hehehehehehehee......orang kampung dia sure banyak wat tempahan nie...
Quote nevberg 21-5-2015 08:52 AM
err..baju dia ni akan dijual ke luar negara ke..siap ada spring/summer collection bagai...
Quote ToungeSoup 21-5-2015 08:53 AM
apa buruk kejadahnya baju kurung mcm tu...hari tu baju melayu lelaki buruk...la ni baju kurung perempuan...dah mcm badut sarkas plak tgk...
Quote Star_el 21-5-2015 08:56 AM
Tak lawa di mata aku
Quote makneng 21-5-2015 08:57 AM
Haiyooo ingat iggy tadi rupanya eggie
Quote hanamunir 21-5-2015 08:59 AM
eggie?
telur?
sekali imbas macam yana samsuddin pn ada..
Quote tightcherry 21-5-2015 09:03 AM
Fesyen muslimah Sgt..Tp sendat2.. Ni jarum2 halus yahudi disebalik hijab
Quote aTiKah_aYuNi 21-5-2015 09:04 AM
tak menarik langsung
Quote sgbuloh 21-5-2015 09:06 AM
nampak bentuk nenen tak?

Quote cucumberkl 21-5-2015 09:24 AM
nevberg replied at 21-5-2015 08:52 AM
err..baju dia ni akan dijual ke luar negara ke..siap ada spring/summer collection bagai...

ni la jd bila ummah berkerak perasan urban kokesen
Quote famri7 21-5-2015 09:28 AM
ok la sngt simple x nampak pprt laknat persis most rekaan designer pondan lgbtq nasi himpit artis....maybe ummah kokeshen boleh pakai time winter dgn cardigan pelbagai...she's aiming big.
Quote nurul_akmar 21-5-2015 09:33 AM
xpanas ke??
Quote ~boolean 21-5-2015 09:49 AM
Tak payah nak terkejut sangat lah..

Hat pakai kain lycra sampai nampak line spenda dan bentuk kopek pun dah ramai orang pakai, dipadankan dengan tudung fareeda yang singkat tu seumpamanya sengaja nak tunjuk kopek.

Janji tutup "aurat" katanyaaaaaa
Quote nevberg 21-5-2015 10:43 AM
cucumberkl replied at 21-5-2015 09:24 AM
ni la jd bila ummah berkerak perasan urban kokesen

tu aku selalu tertanya..bajet negara ni ada 4 musim ke nak buat koleksi gitu..

konon berani mencuba..kalau berani letak la nama lain koleksi tu...hehehe
Quote Chekti 21-5-2015 10:44 AM
Perghhh boleh trus g dive pas semayang raya ni...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.079053 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top