Gambar hiasan
LUMUT - Rokok merupakan penyumbang cukai kedua terbesar negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM3.62 bilion, kata Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Hassan Ibrahim. Beliau berkata jika kegiatan penyeludupan rokok tidak dibanteras, negara akan kehilangan hasil cukai yang banyak. Katanya melalui Ops Outlet dari 2010 hingga 2014 di seluruh negara, sebanyak 8,668 kes tangkapan dan rampasan rokok putih dan keretek dilakukan membabitkan cukai bernilai RM81.96 juta. "Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 6,095 peniaga telah ditahan, 2,110 peniaga telah didakwa di mahkamah manakala sebanyak 5,774 masih dalam proses tindakan pendakwaan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Pacak Rokok dan Arak Seludup 2015 peringkat negeri di sini hari ini. Ops Pacak merupakan kesinambungan Ops Outlet.
"Ops Pacak ini untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok seludup. "Malah Ops Pacak versi baharu ini turut memberi tumpuan kepada barangan kritikal lain yang sering diseludup khususnya minuman keras," katanya. Hassan berkata beberapa strategi baharu digunakan dalam operasi itu antaranya melakukan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain selain risikan yang dijalankan oleh pihak kastam. - Bernama Sumber : sinarharian |
4
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 22-5-2015 12:05 AM
bangga sey
AbukRokok replied at 22-5-2015 08:05 AM
bangga sey
Decaffeinated replied at 22-5-2015 08:02 AM
yang pertama arak, ka judi?...
hanie_z replied at 22-5-2015 09:17 AM
patut la penjualan rokok xpernah disekat,
setakat iklan je la..
AbukRokok replied at 22-5-2015 11:23 AM
rokok xkne gst... knp xpuji kerajaan
GhostWalking replied at 22-5-2015 08:30 AM
kita antara penyumbang utama hokey
spiderman80 replied at 22-5-2015 12:57 PM
Cukai China Doll sumbang berapa pulak?
spiderman80 replied at 22-5-2015 04:56 AM
Sis perokok ke? Perempuan tak baik merokok.
ADVERTISEMENT