CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Altantuya: Takkan tidak boleh tanya? - Tan Sri Sanusi Junid

22-5-2015 03:06 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8462| Komen: 28


  •                                                                           
  • Tan Sri Sanusi Junid

KITA ditanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: “Kenapa kes Altantuya timbul semula?”. Sedangkan kes itu telah melalui proses penghakiman mahkamah begitu lama dan yang membunuh sudah pun didapati bersalah.

Soalan Najib kelihatan 'logikal' atau munasabah jika dipandang dari sudut Altantuya Shaaribuu itu seorang warganegara asing, yang bekerja di luar negaranya dan pembunuhannya juga sudah berlaku sembilan tahun yang lalu. Bidang kerjanya pun tidak jelas. Yang jelas ialah Najib ingin supaya kes Altantuya dilupakan. Apatah lagi dengan adanya gelombang politik yang sangat mencabar yang sedang dilaluinya di masa ini.

Memang manusia umumnya akan melupakan pembunuhan yang sudah lama berlaku sebagaimana ratusan ribu umat Islam yang terbunuh di negara-negara Islam yang kini sudah dilupakan walaupun jangka masa pembunuhan berlaku kemudian dari dibunuhnya Altantuya.

Jika kita berpendidikan Barat kita tentu sudah lama melupakan, atau memaafkan, pembunuhan ratusan ribu orang asli di Amerika Syarikat, 'The Red Indians', oleh penjajah Anglo-Saxon, dan lain-lain pendatang Eropah, yang lari dari Eropah untuk mencari rezeki dan peluang baru bagi memenuhi 'The American Dream.'

Tetapi bukan semua manusia boleh melupakan sesuatu jika ia terkena ke atas dirinya sendiri, walaupun yang merasa bersalah ingin supaya yang terkena itu boleh melupakan. Biasa juga satu-satu kekejaman yang lama dulu berlaku boleh dimaafkan walau pun tidak semestinya dilupakan.

BUKAN NASIB ALTANTUYA YANG DIFIKIRKAN TETAPI SIRUL, AZILAH

Mengingati Altantuya juga tidak dapat mengembalikan beliau ke dunia ini.

Yang menimbulkan pertanyaan ialah kerana Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri telah ditolak permohonan pengampunan mereka dan sudah diputuskan untuk digantung tetapi masih hidup kerana pergantungan belum dilakukan.

Soalannya ialah: “Apakah tidak ada hak bersuara, mengeluh dan merayu bagi yang masih hidup dan sedang menunggu untuk digantung kerana kesalahan membunuh Altantuya 9 tahun yang lalu”.

Dalam hal ini Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib tidak ada pengalaman. Iaitu pengalaman secara menghadapi orang yang menunggu saatnya untuk digantung yang sudah terlalu dekat.

Tun Ghazali Shafie dan saya ada pengalaman. Di waktu saya berpindah dari Kementerian Dalam Negeri, sebagai Timbalan Menteri, ke Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, sebagai Menteri penuh kesemua 36 orang banduan yang telah dihukum mati dan sedang menunggu untuk digantung telah pun selesai digantung.

Yang masih tinggal dalam semua penjara di Malaysia pada waktu itu adalah mereka yang bukan hukuman gantung sampai mati baginya.

PENGALAMAN DALAM KENANGAN

Dalam tiga karangn saya dalam blog ini atas tajuk-tajuk (1)  Terima Kasih Tun Ghazali Shafie pada 3 Februari, 2010 perenggan 16, (2) Tawaran Rasuah Botak Chin pada 27 Mei, 2014 dan (3) Battle of Waterloo to Langkawi Book Village pada 18 Oktober, 2014 perengan ke 3, saya telah menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya waktu di Kementerian Dalam Negeri sebagai Timbalan Menteri kepada Menteri Tun Ghazali Shafie.

PROSES PENGGANTUNGAN

Apa yang saya belum cerita ialah apabila ketikanya datang masanya untuk seseorang itu digantung. Apabila semua impian, khayalan, jangkaan, ramalan dan harapan bagi banduan berkenaan sudah tiada lagi.

Apabila tarikh untuk digantung sudah ditentukan maka pihak berkuasa akan memberitahu kepada keluarga mengenai tarikh ini. Saya telah mengambil kesempatan untuk bertemu dengan ibu dan bapa banduan yang hendak digantung. Saya dapati dalam semua kes pihak bapa hanya berdiam diri mendengar maklumat yang disampaikan, kecuali seorang sahaja yang menangis.

Di pihak ibu pula semuanya membantah anaknya hendak digantung walau apa jua bukti yang diketengahkan. Itulah kasih seorang ibu pada anaknya. Walaupun anaknya terbukti membunuh atau merogol dulu sebelum membunuh pihak ibu tetap mempertahankan anaknya dan terus merayu untuk dibebaskan.

Apabila saya bertanya kepada seorang bapa yang saya dapati menangis itu atas sebab dia menangis sedangkan dalam pertemuan kami dengan bapa-bapa banduan yang lain tiada seorang pun yang menangis, dia menjawab ,' saya menangis kerana kasihan pada ibunya.' Berertilah dia dapat menerima anaknya itu bersalah.

Setelah itu pihak keluarga dibenarkan bertemu dengan banduan yang hendak digantung. Sebelum digantung banduan berkenaan, kalau di Penjara Pudu dahulu, akan dipindah ke bilik akhir di mana terdapat beberapa buah bilik sahaja (4 atau enam - saya dah lupa).

Banduan juga akan diberi peluang untuk makan makanan kegemarannya untuk dimakan sebagai makanan terakhir. Lepas itu seorang ulama akan dibawa untuk bertemu banduan dengan nasihat dan bacaan-bacaan doa terakhir.

Selepas subuh besok paginya si banduan terus digantung dan mayatnya diturunkan ke bawah lantai bilik gantung untuk diserahkan kepada keluarga.

NASIB SIRUL DAN AZILAAH

Inilah proses yang akan dilalui oleh Sirul apabila dia sampai ke Malaysia. Nasib Azilah pula bergantung kepada apa jadi kepada Sirul. Saya sebenarnya tidak mengikuti kes Sirul ini waktu di pengadilan. Mula-mula ia dihukum, lepas itu dilepaskan dan lepas itu dihukum gantung.

Apabila selesai Mahkamah Terakhir di Malaysia memutuskan Sirul dan Azilah dihukum gantung sampai mati saya terbaca penulisan Abdul Razak Baginda secara kebetulan. Di dalamnya dia menyebut bahawa ada pihak yang patut dipanggil sebagai saksi telah tidak dipanggil. Yang dimaksudkan mungkin bosnya Sirul.

Nampaklah pada saya yang bukan ahli undang-undang bahawa pendakwa hanya berminat membuktikan siapa pembunuh dan tidak berminat mencari motif pembunuhan dan siapa yang mengarah untuk Sirul membunuh. Tidak mungkin Sirul dan Azilah membunuh seorang perempuan yang tidak pun dikenalinya.

Nampaknya Najib juga tidak berminat mencari motif pembunuhan, walaupun yang membunuh itu pegawainya. Beliau berpuas hati kerana yang membunuh akan digantung dan mungkin keluarga Altantuya juga puas hati kerana 'Wang itu Raja' dan pihak keluarganya boleh berpuas hati jika mendapat 'sedikit' sagu hati untuk belanja persaraan anaknya dan sebagainya.

Tetapi manusia seperti saya tak dapat menerima alasan sedemikian. Apatah lagi Dr Mahathir. Saya percaya semua manusia yang siuman, berakal dan berperikemanusiaan ingin tahu motif dan cerita penuh yang sebenarnya.

Kita bangga apabila polis atau tentera membunuh pengganas komunis yang ingin menawan negara kita dengan cara berdarah dan tidak demokratik. Kita juga bangga dengan pasukan polis kita yang tidak akan bertindak untuk membunuh kecuali setelah pihak musuh sudah memulakan rusuhan ke atas mereka yang memerlukan mereka membunuh senjata.

Kita bernasib baik kerana ada pekerja penjara yang berani menjalankan tugas menggantung penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh pengadilan.  Tidak mungkin seseorang tukang gantung yang profesional akan bertindak untuk menggantung seseorang dengan sesuka hatinya sahaja, semata-mata kerjanya sebagai tukang gantung.

Kita juga tahu bahawa penjaga keselamatan, yang membawa senjata, berhak membunuh jika yang dibunuh itu menjadi ancaman kepada keselamatan negara dengan nyata dan berbahaya. Penjaga pintu bank tidak mungkin menembak sesuka hatinya.

Keselamatan apa dan siapa atau negara manakah, atau keluarga siapa, yang diancam oleh Altantuya sehingga Sirul dan Azilah diarah membunuhnya. Adakah mungkin mereka membunuh sesuka hati mereka sahaja? Apakah mereka gila atau tidak siuman? Ataupun, adakah sesiapa yang mengarah mereka untuk berbuat demikian sehingga mereka tidak boleh membantahnya. Apakah setelah dibunuh perlu dibom dengan kejam sehingga hilang rupa?

Apakah dosa Altantuya yang menyebabkan ada orang yang sanggup menyebabkan Sirul dan Azilah menjadi pembunuh tanpa izin dan tanpa arahan? Benarkah begitu?  Ibu, bapa, keluarga dan rakyat Malaysia ingin mengetahui jawapannya.


TAN SRI SANUSI JUNID
21 Mei 2015

## Tan Sri Sanusi Junid merupakan bekas  Menteri Besar Kedah Darul Aman dan bekas Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Ikuti tulisan penuh di sanusijunid.blogspot.com/


1

Bagus

Marah
7

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 21-5-2015 02:13 PM
hukuman nak jalan guana....member dok ostrolia lagi tue....
Quote aznizazzadele 21-5-2015 02:22 PM
HANYA JIB DAN MAH ADA JAWAPANNYA
Quote asher 21-5-2015 02:27 PM
memang musykil sungguh..awat 2 org ni nk bunuh antatuya tu ? apa yg antatuya tu dh buat ? smpi kene c4...misteri..
Quote kenarikelabu 21-5-2015 02:30 PM
asher replied at 21-5-2015 02:27 PM
memang musykil sungguh..awat 2 org ni nk bunuh antatuya tu ? apa yg antatuya tu dh buat ? smpi kene  ...

Nak wat cmne....hakim pun taknak tanya kenapa bunuh...siapa arah bunuh.

Quote dauswq 21-5-2015 02:36 PM
ni ker etika kerja pendakwa ? pendakwa yg effisien bongkarkan segala yg ada , bkn sembunyikan selagi boleh
Quote haryatie 21-5-2015 02:39 PM
mmg musykil & misteri...
knpa Sirul & Azilah nk jugak bunuh dia..
C4 lak tu...
Quote Syd 21-5-2015 02:40 PM
Hero Gigi Kuning
Quote hanie_z 21-5-2015 02:41 PM
kenarikelabu replied at 21-5-2015 02:30 PM
Nak wat cmne....hakim pun taknak tanya kenapa bunuh...siapa arah bunuh.

kann..
hakim pun nampak macam xnak pertikaikan apa2,
xlogik sangat..

Quote ice_sky92 21-5-2015 02:42 PM
Maybe Najib dan Rosmah je yang tahu. Sirul xnak dedahkan pulak.
Quote d'zeck 21-5-2015 02:43 PM
nak tanya sangat
tanya kat hakim la
apa alasan dia jatuhkan hukuman

tak kan bodoh2 buang masa lapan tahun
gitu2 je kalo tak ada sebab kukuh
nak hentikan perbicaraan
dan putuskan siapa bersalah siapa tidak

apa punya ngok la
Quote lipans 21-5-2015 02:44 PM
mereka-mereka akan jawab, kan dah pernah jawab dulu. sambil sanusi junid terpinga-pinga "bila ye? aku ada terlepas pape ke yang jibby pernah jawab?"
Quote ice_sky92 21-5-2015 02:45 PM
haryatie replied at 21-5-2015 02:39 PM
mmg musykil & misteri...
knpa Sirul & Azilah nk jugak bunuh dia..
C4 lak tu...

Kambing hitam sis.

Atas arahan orang atasan.

Paling bodoh ialah yang sanggup jadi kambing hitam.
Quote Membara 21-5-2015 02:49 PM
Jawapan "Kami saje nak test C4 tu meletup ke tak. Tak pasal2 ada minah tu lalu kat sana.. habih hancur"

Boleh tak jawapan ni? huhuhu
Quote d'zeck 21-5-2015 02:51 PM
yang mula2 tuduh Najib terlibat
adalah anwar ibrahim dan kuncu2 dia

hanya anwar ibrahim yang boleh
bersihkan nama Najib

itupun jika anwar dah
ada rasa insaf sebelum mati
Quote ResellerMaxis 21-5-2015 08:39 PM
d'zeck replied at 21-5-2015 02:51 PM
yang mula2 tuduh Najib terlibat
adalah anwar ibrahim dan kuncu2 dia


Kau xpelik ke kenapa rekod imigresen dia masuk malaysia dipadam?? C4 atm diguna bom altantunya..

Kenapa sampai arini tak de siapa dituduh atas kes padam maklumat altantunya n melepaskan c4 tu keluar..

Kalau dapat tangkap salah sorqng ni pun dah leh tahu siapa bagi arahan..

Tapi kes shahrizat lembu..1mdb n bla bla..laju je polis tangkap penyebar maklumat..

Walaupun maklumat yang disebarkan tu berjaya membongkar rompakan bernilai ratusan juta n puluhan billion..
Quote sub5zero 21-5-2015 08:56 PM
ResellerMaxis replied at 21-5-2015 08:39 PM
Kau xpelik ke kenapa rekod imigresen dia masuk malaysia dipadam?? C4 atm diguna bom altantunya..
...

Good thoughts
Quote kerunai 21-5-2015 08:57 PM
ResellerMaxis replied at 21-5-2015 08:39 PM
Kau xpelik ke kenapa rekod imigresen dia masuk malaysia dipadam?? C4 atm diguna bom altantunya..
...

eh eh eh


takkan la yg bijak bijak pandai bertingkat2 kt Putrajaya tak perasan benda ni ?

ke mmg tak penting pun ? asal hidup jalan asal tak kacau periuk nasi aku sudah ...


ke camana...
Quote cemolot 21-5-2015 09:06 PM
dia salahkan anwar pulakkkk...seboleh2 nya lahai macai...
Quote apam 21-5-2015 09:23 PM
Apsal tak tanya yg empunya badan? Tanyalah sirul sapa yg arah dia? Mahfuz kan dok helo sirul. Helo sirul,bukak loudspeaker.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.681474 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top