CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

TRW sokong Pok Ya Rambo tunai nazar

22-5-2015 05:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1325| Komen: 0



Para pemain The Red Warriors (TRW) menyokong Zakaria Yusof, 65, atau lebih dikenali sebagai Pok Ya Rambo yang bernazar untuk berlari dari Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur hingga Kota Baharu jika Kelantan menjulang Piala FA pada Sabtu ini.


Kapten TRW Mohd Badri Mohd Radzi berkata beliau yang mewakili rakan-rakannya yang lain memberi sokongan penuh buat Pok Ya Rambo.

"Jadi kita kena menang dengan Lions XII dan dia dapat mulakan misinya. Kita beri segala sokongan kepada Pok Ya. Lagipun kita tak mahu Piala FA keluar dari Malaysia," katanya.

Mohd Badri turut menyerahkan dua pasang kasut serta tujuh helai baju kepada Zakaria yang mempunyai 13 orang cucu dan merupakan peminat fanatik TRW.

Bagi Zakaria, cuaca tidak menjadi halangan untuknya berlari.

"Saya sudah biasa dengan cuaca panas dan saya jangkakan mampu menamatkan misi saya dalam tempoh seminggu," katanya.

Beliau merancang untuk berlari dari Stadium Bukit Jalil hingga Kuala Lipis, Pahang sebelum memasuki Kelantan dan menamatkan larian di Stadium Sultan Muhammad IV.
Gambar: Facebook The Red Warriors Malaysia

sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.026858 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top