CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ziana Bawa Keperibadian Wanita Muslimah ke Cannes

25-5-2015 03:50 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15936| Komen: 58




Ziana zain bersama Ketua Pegawai Eksekutif New Horizon Pictures John Stienfield Partouche bersama temannya - kredit foto Instagram Ziana Zain

Berpeluang berada di pentas peragaan di Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis pada 22 Mei lalu merupakan satu pengalaman berharga buat penyanyi tersohor Ziana Zain.

Berkongsi momen indahnya di sana, Ziana menerusi laporan Berita Harian berkata, festival tersebut mampu membuka mata dan memberi ruang untuk masyarakat di Barat bagi lebih memahami kehidupan wanita Islam menerusi cara berpakaian dan pergaulan. IFF berlangsung bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa yang berlangsung di Cannes.

Ziana dipilih sebagai wajah ilham (muse) rekaan Rizman Ruzaini untuk festival berkenaan. Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi dan Fara Khan, turut serta antaranya ialah pereka dari London, Paris, Jakarta dengan tema Lawrence Of Arabia On The French Riviera.

Ia bukan pertama kali diadakan kerana IFF yang diilhamkan pelakon lama Datuk Shah Rezza sudah dimulakan sejak 2006 atas paksi memartabatkan tradisi, budaya dan warisan dunia Muslim menerusi interpretasi fesyen. Ziana Zain bertolak ke Cannes sejak 19 Mei lalu dan dijangka tiba ke tanah air pada Sabtu depan.

"IFF ini juga sebenarnya memberi satu sudut pandangan bagi orang Barat untuk lebih memahami kehidupan orang Islam yang sangat peramah dan menghargai sesama insan. Ada yang cukup kagum dengan rekaan pereka tanah air kita yang mereka busana muslimah. Saya sendiri sempat bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) New Horizon Pictures dari Los Angeles, John Stienfield Partouche.

"John sendiri sebelum ini menganggap wanita Islam hanya memakai purdah dan jubah. Tapi selepas dijelaskan, baharu dia nampak gambaran sebenar wanita Islam yang masih boleh berfesyen selagi tidak lari atau tersasar dari ketetapan sebenar dalam bagaimana berpakaian dan bergaya atas paksi agama," kata Ziana.

- mD

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurbaya 25-5-2015 11:16 AM
Hai dah mcm balut badan dengan cling wrap.. kepada Rizman Ruzaini dan pereka fesyen ponen seangkatan dengannya..tolonglah jangan jadi fashion designer... sila jadi peladang jaya..elok cantik nangka dgn cempedak hangpa balut..
Quote idadzira 25-5-2015 11:19 AM
memberi pemahaman yang salah bahawa wanita islam boleh berpakai ketat metat asalkan menutup aurat
Quote kucen_miang 25-5-2015 11:31 AM
berpakaian atas paksi agama sangat ko kak.


Quote MeghanK 25-5-2015 11:35 AM
Kaler baju dia cantik
Quote dragger 25-5-2015 11:37 AM
busana muslimah kebendenye

ketetttt



Quote itik_kuning 25-5-2015 11:39 AM
dari sisi nampak macam garis underwear pakai bwh perut
Quote freebird 25-5-2015 11:41 AM
ni muslimat, bukan mukminat...
wanita yang mengaku islam, bukan yang beriman....
Quote kejoraria 25-5-2015 11:43 AM
ketatnya makcik
Quote FanTasyCreaTioN 25-5-2015 11:46 AM




Quote FanTasyCreaTioN 25-5-2015 11:48 AM




Ziana juga telah diberikan penghormatan untuk memperagakan busana indah Rizman Ruzaini di atas runway yang disaksikan hadirin yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Penyanyi lagu Kemelut Di Muara Kasih ini memukau tetamu yang hadir dengan penampilannya yang anggun itu walaupun kini sudah berusia 47 tahun.

Acara yang turut dihadiri kerabat Pahang dan juga disertai pereka fesyen daripada Malaysia seperti Tom Abang Saufi, Farah Khan manakala Ghea Panggaban dari Indonesia dan Ashley ISham dari Singapura telah mendapat perkenan putera Salman ibn Saud, putera daripada keluarga diraja Arab Saudi.



Quote enchikfitz 25-5-2015 11:49 AM
Jibby ada datang tak? Mana tau boleh terkenang22 masa lalu
Quote enchikfitz 25-5-2015 11:49 AM
Jibby ada datang tak? Mana tau boleh terkenang22 masa lalu
Quote FanTasyCreaTioN 25-5-2015 11:51 AM



ZIANA Zain bersama duo pereka fesyen Rizman Ruzaini. - Foto ihsan Instagram Ziana Zain



Quote FanTasyCreaTioN 25-5-2015 11:53 AM
enchikfitz replied at 25-5-2015 11:49 AM
Jibby ada datang tak? Mana tau boleh terkenang22 masa lalu
terkenang masa lalu
sepasang kekasih ka dulu2  

Quote lurve82 25-5-2015 11:55 AM
isteri hakak pink xpegi ke? mesti terliur...ooo lupe theyols kat jepun...
Quote gaara_X 25-5-2015 11:56 AM
kekadang susah kita nak tegur orang nie...kang tegur kang..deme cakap kita nie memandai je....tak tegur kan.....seagama.......ISLAM is simple..but deme nie yang menyukarkannya....
Quote freebird 25-5-2015 11:58 AM


ni husband dia ke?
Quote ninjago 25-5-2015 12:11 PM
ZZ dah cam JLO pakai tudung lak..
Quote MummySafa 25-5-2015 04:52 PM
ketet kak...cantik mmg la cantik

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050114 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top